Sabtu, 29 Oktober 2011

Resonate Audience / Expert Positioning,



Dalam pengucapan awam, adalah penting anda mempunyai teknik atau template untuk mengukuhkan siapa dan mengapa anda berada disitu untuk berkongsi pengalaman / mengajar mereka.

Penggunaan seperti sijil / kelayakan seperti mempunyai result memang baik, tetapi jika anda tidak tahu menggunakan dan menyambungkan cerita ini, hati-hati anda mungkin kelihatan 'jauh' dari audience.

Dan ceritanya inilah akan 'hook reality dan emotion (resonate)' audience anda. Fokus utama ialah untuk satukan 'level' dengan audience anda supaya mereka tahu mereka juga mempunyai peluang seperti anda.

Antara contoh saya lihat seperti Robin Sharma mengatakan,

" Saya seorang yang biasa, dan bukan guru atau orang mulia, saya hanyalah seorang yang mempunyai cara untuk _______________, dan ini mungkin boleh membantu anda"

Dan ada juga Internet Marketer seperti Ewen, Patrick yang pernah saya dengar live seperti

" saya sama sahaja seperti anda, saya 2 tahun dulu duduk ditempat sama seperti anda, tiada apa yang spesial mengenai saya, dan ______________"

Antara yang selalu saya gunakan ialah konsep DIP atau lebih kurang sama dengan pelbagai template pengucapan awam antarabangsa. (saya mungkin ceritakan jika ada respon positif disini) .


Jadi akhir kata, apa template expert positioning untuk anda dalam pengucapan awam?

~ by Gero azrul



...............................


Tips Power Talk - Body Language (55%) , Words 7% , Intonation 38%.

Menurut kajian, body language memainkan peranan penting dalam pengucapan awam. Sebab itu kebanyakan dalam seminar dan training, apabila berkata sesuatu atau menekankan sesuatu mesti diikuti dengan gaya yang betul.

Antara contoh kesilapan yang saya lihat, apabila mengutarakan sesuatu pada audience, ada speaker yang kakinya masih tidak grounding, atau terkebelakang bila berkata sesuatu. Hati-hati audience anda membaca gerak geri anda!

~ Good luck!

high performance trainer & speaker

Sebagai high performance trainer & speaker,

terdapat beberapa perkara penting yang harus kita tekankan dalam segi penyampaian.

Selalu dalam buku dan perbagai sumber lain, selalu anda diajar untuk maintain connection 



with audience ialah menggunakan eye contact. Iya itu betul, tetapi tidak cukup sekadar itu.

Kali ini kita akan masuk ke 'dalam' lagi.

Ketika saya berlatih di Phuket selama hampir 6 hari, dan setiap hari saya dilatih hampir 16 



jam sehari secara personal dan grouping oleh salah sorang trainer (larry gillman).

dalam satu sesi itu saya telah mempelajari satu perkara secara tidak langsung, iaitu

Terdapat satu lagi perkara penting selain Eye Contact dalam connecting with people ialah BREATHING. (Bernafas).

Kenapa Bernafas?

1) Bernafas merupakan punca tenaga dan membolehkan badan kita
bergerak dan hidup
2) Bernafas mempunyai kuasa luar biasa dalam mempengaruhi (influence)
audience.

Contoh ringkas

Perhatikan dan ingatkan kembali,

"Pernah tidak anda perasan, ada speaker yang bercakap laju dan bernafas pendek pendek? 



Apa secara tidak sedar anda terfikir? (penaakulan)."

"Perasan tidak ada speaker yang bercakap kuat / lantang , tetapi nampak mereka nie macam 



tidak 'genuine' lebih kepada macam ketua Askar?"

"Ada tak anda pergi seminar, yang bercakap itu lembut sahaja, tetapi anda kusyuk, percaya, dan tidak mengantuk pun walau bercakap berjam-jam?"

Kunci yang ramai tidak sedar ialah, PERNAFASAN.

Iya, dengan bernafas dengan betul (kena belajarlah), anda akan dapat lebih banyak tenaga mempengaruhi.

Antara kaedah bernafas dengan betul;

1) Dengan tarik nafas, biasanya ada segelintir (sebenarnya ramai) orang masih tidak tahu asas bernafas. Buktinya?? Buktinya begini, cuba anda tarik nafas, apa berlaku pada perut anda naik atau turun?

Dalam pengalaman saya menjalankan seminar dan training, apabila saya bertanya soalan 



kepada peserta. " cuba anda tarik nafas" , " apa berlaku bila tarik nafas, apa jadi pada perut 


anda?"

Ada menjawap - " Perut kempis" (majoriti biasanya). dan ada menjawap " Perut membesar" .

Apabila di cuba lagi sekali, dan ternyata ramai mengatakan Perut Kempis, betullah kan?

SALAH! Ini kerana, cuba lihat bagaimana natural berlaku pada belon, apabila masuk angin, belum tersebut kempis atau mengembang?

Secara natural lagi, cuba kita lihat pada bayi kecil , kanak-kanak kecil, perhatikan, apabila 



mereka bernafas, tarik nafas sahaja perut mereka akan mengembang.

Dan perhatikan pasangan kita tidur atau orang sama baya atau lebih tua tidur, sudah pasti 



apabila tarik nafas perut membesar.

Kembali pada topik pengucapan awam;

Dalam pengucapan awam, semasa berucap, amat-amat-amat-amat-amat-amat penting tarik 



nafas secukupnya, tarik dari bawah perut dan hembus perlahan lahan.




Tidak perlu rush (terburu-buru) dalam menyampaikan pengucapan awam. Calm & Steady.

Akhir kata - " You connect to people with BREATHING and connect EYE to EYE" .

~ Good luck! by geroazrul

Jumaat, 21 Oktober 2011

Video Kematian Moamer Gaddafi

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie

Moamer Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam??
 jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Moamer Gaddafi.https://www.facebook.com/JkkFanClub 

Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna. Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. 

Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat! Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi: 

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.info disini:-http://really.tigaline.com/really-moamer-gaddafi-adalah-pemimpin-yang-kejam/ 
7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
8. Pendidikan adalah percuma
9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
 11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
 15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
 16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan. Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam.

Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya! Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri! Alfatiha Sekali lagi untuk Moamer Gaddafi.

Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah fitnah yang sebegini rupa.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ilmu 5 + 2


APA ITU LIMA DUA?
Mungkin dalam pemikiran anda sudah tertanya tanya apakah itu LIMA DUA? Mungkin ada jugak sudah membuat agak kerana 52minggu maka ianya dinamakan LIMA DUA? Mungkin ada yang sangka ini adalah gimmick ? Jadi apakah itu LIMA DUA?
Antaranya:
Orang LUAR BIASA KAYA solat 5 waktu + 2 waktu (dhuha + tahjud)TAPIOrang biasa biasa solat 5 waktu + 2 waktu rehat ( tidur)
Orang LUAR BIASA KAYA makan 5 hari + 2 hari puasaTAPI Orang biasa biasa makan biasa 5 hari + 2 hari makan besar
Orang LUAR BIASA KAYA kerja 5 hari +  2 hari bisnesTAPI  Orang biasa biasa kerja 5 hari + 2 hari cuti
Banyak lagi Ilmu ilmu rahsia LIMA + DUA ini akan AbangAbu dedahkan dalam perjalanan mendalami ilmu kewangan ini. Ilmu LIMA DUA ini telah digunakan sejak beratus tahun dahulu oleh Orang LUAR BIASA KAYA.
1) Program ini akan memberikan banyak kaedah kaedah kewangan yang diamalkan oleh orang biasa biasa hingga boleh menjadi LUAR BIASA KAYA.
2) Memdedahkan Ilmu ilmu kewangan yang terkini dan unik yang dipraktikkan oleh orang orang biasa hingga menjadi LUAR BIASA KAYA.

10 masalah terbesar yang menghalang potensi sebenar perkembangan perniagaan anda


  • Tidak mempunyai niche perniagaan yang tertumpu
  • Tidak berfikiran jauh kerana sekadar berniaga kecil-kecilan
  • Tidak mempelbagaikan produk dan perkhidmatan
  • Tidak mempunyai jenama yang membezakan anda dengan pesaing
  • Tidak mempunyai 'pitch' yang boleh meyakinkan bakal pelanggan
  • Tidak tahu cara untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi
  • Tidak mempunyai perancangan sebenar untuk kembangkan perniagaan
  • Tidak/kurang bertanya dan meminta bantuan pakar perniagaan berjaya
  • Tidak/kurang menghadiri seminar-seminar pengurusan perniagaan
  • Tidak/kurang membuat atau menggunakan teknik salah dalam promosi

Bagaimana Seorang Peserta Saya Mampu Bina Perniagaan Yang Luar Biasa Dari Kosong Ke RM150,000 Dalam Masa 5 Bulan?


Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan - Bahagian Akhir 

Tanpa kelulusan yang tinggi atau mempelajari selok-belok perniagaan di universiti!


Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda rahsia kejayaan dalam hidup serta perniagaan dan ia akan berlaku apabila anda menggunakan prinsip M.E.S.T.I, satu prinsip atau formula kejayaan yang saya asaskan pada tahun 2001 yang telah mengubah hidup saya dan ramai yang lain.
















Prinsip M.E.S.T.I


M.E.S.T.I bermaksud M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem atau Strategi, T = Tindakan dan I = Impian. Saya telah bercakap mengenai mentor, elmu dan sistem dalam dua Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan sebelum ini dan kini saya ingin sentuh tentang Tindakan dan Impian.


Tindakan & Impian


9/10 sumber rezeki yang banyak adalah daripada perniagaan. Ia ada dinyatakan dalam salah satu hadith Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu dan baginda sendiri merupakan ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Tapi apa yang saya dapati hari ini, ramai yang nak berniaga namun mereka tidak ada mentor, ilmu, sistem serta kuasa bertindak yang tinggi.


Tindakan kita samada betul atau salah akan membuahkan hasil. Tindakan yang positif akan membuahkan hasil yang positif Insya-Allah, begitu sebaliknya. Ramai yang ingin berjaya dengan luar biasa tetapi mereka tidak mahu bertindak di luar daripada kebiasaan mereka. Mereka takut gagal, mereka takut tak menjadi, mereka takut untuk promosi, mereka takut untuk beritahu semua orang betapa bagusnya produk atau perkhidmatan mereka.


Kenapa mereka takut bertindak?
Jawapannya mudah, kerana mereka tidak ada mentor, ilmu dan sistem yang terbukti berjaya. Mereka "meraba-raba" atau "trial & error" dalam perniagaan mereka. Mereka "cuba-cuba" untuk tengok sama ada mereka ada "luck" dalam perniagaan atau tidak. Kalau tak jadi, mereka akan salahkan takdir. Pernah tak anda tengok usahawan macam tu?


Saya dah bercakap kepada lebih daripada 100,000 orang peserta dan majoriti daripada mereka adalah usahawan. Selama 3 tahun saya mengadakan program kuasai potensi diri dan perniagaan serta menunjukkan kepada ramai orang bagaimana transformasi hidup mereka menjadi luar biasa. Ini adalah antara maklumbalas yang saya dapat:
Orang mudah menyalahkan takdir atau Tuhan, sedangkan sebenarnya mereka yang "bangang" serta bertindak sedikit-sedikit tapi nak hasil banyak-banyak, apatah lagi ramai yang tidak ada mentor, ilmu dan sistem.


Kisah Kejayaan Salah Seorang Peserta Seminar Saya


Saya ingin berkongsi kisah kejayaan salah seorang peserta program saya yang telah mengikuti salah satu seminar saya pada bulan April yang lalu secara paksa oleh isterinya. Encik Asyiq merupakan bekas pekerja pam minyak dan ketika dia menyertai seminar saya. Beliau baru sahaja hilang pekerjaaan. Sebelum ini, beliau memang tak berapa gembira nak masuk mana-mana seminar, mungkin beliau merasakan seminar serta masuk kelas ini buang masa dan beliau tak percaya yang ianya bakal mengubah hidupnya selama-lamanya.


Setelah menyertai seminar saya, beliau telah mendapat mentor, ilmu dan sistem. Malah beliau telah belajar serta mengenalpasti impian serta matlamat hidupnya. Beliau telah membuat keputusan untuk membuat perniagaan ikan bakar. Sebenarnya beliau telah lama tahu bagaimana untuk buat rempah ikan bakar tetapi selama ini beliau tidak nampak yang ianya boleh dijadikan wang atau sumber duit. Beliau hanya nampak bagaimana untuk menjadikannya duit setelah menuntut ilmu dalam seminar tersebut.


Dipendekkan cerita, sejak bulan April, beliau telah gunakan strategi pemasaran yag telah beliau pelajari daripada saya. Beliau tidak ada kedai, tidak ada warung, tidak ada restoran. Beliau hanya mengambil tempahan untuk majlis-majlis orang yang memanggilnya. 
Dengan kuasa tindakan luar biasa yang beliau dapat setelah ditunjukkan bagaimana untuk mencapai impiannya, beliau telah memulakan perniagaan tersebut dan hanya dalam masa 5 bulan (ya, 5 bulan sahaja!), beliau telah mempunyai simpanan lebih daripada RM150,000 hasil daripada perniagaan ikan bakar yang baru beliau ceburi. Amacam? 


"Berapa ramai yang dah berniaga lebih daripada 5 tahun atau 10 tahun pun yang mampu menyimpan lebih daripada RM150,000 dalam masa yang singkat?"
Itulah kepentingan adanya mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian (M.E.S.T.I) yang beliau dapat hanya dengan menyertai program yang saya jalankan. Saya selalu berpesan kepada peserta-peserta program saya, jangan percaya cakap saya tetapi buat dan lihat hasilnya. Dan pelajarilah ilmu kekayaan dan kejayaan daripada mentor yang telah terbukti berjaya.


Jangan belajar daripada "mentol" yang mereka sendiri pun "terkulat-kulat" nak berjaya dan belum berjaya. Cari mentor yang telah terbukti bukan sahaja berjaya menggunakan formula tersebut dalam hidup mereka tapi mereka sendiri telah terbukti berjaya membina kejayaan ramai orang lain. Sudah berapa ramai "mentol" yang saya jumpa mengajar tentang pemasaran atau bagaimana nak menjadi jutawan tapi mereka sendiri tidak ada perniagaan atau belum pun berjaya lagi.


Don't waste your time my friend!
Masa berjalan pantas meninggalkan anda. Saya pasti, anda berniaga sebab anda ingin mengubah hidup anda dan keluarga anda. Tak kisahlah sama ada anda berniaga produk atau perkhidmatan termasuk takaful, insuran, unit amanah, hartanah atau apa sahaja.


Janganlah berniaga sekadar di pinggiran!
Bertindaklah secara luar biasa dengan mentor, ilmu serta sistem yang telah terbukti berjaya! Anda kerugian jika anda tidak nampak potensi sebenar diri anda atau perniagaan anda! Saya mempunyai peserta yang sanggup terbang daripada Indonesia dan Singapura serta Brunei hanya untuk hadir kelas saya. Anda pula bagaimana? Sanggup tak?

Jumaat, 7 Oktober 2011

Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?


bajet 2012 malaysia1 Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?
Hari ini, Jumaat 7 Oktober 2011, merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kerajaan amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Pembentangan Bajet 2012 telah pun bermula. Laporan Pembentangan Bajet 2012 Malaysia boleh disemak di bahagian bawah artikel ini
Okey, kalau diikutkan gaji, harga barang dan minyak menjadi tiga faktor utama menentukan corak kos sara hidup rakyat Malaysia ketika ini. Disebabkan harga minyak dan harga barang di Malaysia melambung tinggi, jadi kenaikan gaji dilihat jalan yang terbaik bagi menampung kos sara hidup kita semua di sini sebagai rakyat Malaysia.
Setakat ini, beberapa pandangan & harapan telah diutarakan kepada kerajaan Malaysia bagi Bajet 2012 ini. Antaranya ialah :
Pandangan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan
  • Kerajaan dilihat perlu mengurangkan kadar cukai pendapatan individudan korporat yang dikenakan selama ini sebagai langkah untuk meringankan beban tanggungan rakyat berpendapatan rendah sekaligus mampu meningkat kadar pertumbuhan ekonomi
  • Cukai korporat telah mencecah 25 peratus berbanding negara jiran iaitu Singapura hanya 17 peratus dan jika dikira bersama cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cukai korporat di Malaysia masih dianggap tinggi. Manakala cukai individu pula ketika ini adalah 26 peratus.
  • Selain itu, kerajaan dicadang mempertimbangkan pemberian pelepasan cukai kepada syarikat korporat yang memberi bonus tahunan melebihi gaji sebulan kepada pekerjanya yang sebenarnya tidak akan merugikan kerajaan kerana pelepasan cukai dan bonus yang diberikan itu, akhirnya akan dibelanjakan juga dalam pasaran negara
(Pandangan Penganalisis ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam)
  • Selain itu, kerajaan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menyediakan belanjawan itu bagi mengelak berlakunya defisit yang sekali gus akan mempengaruhi prestasi ekonomi serta peningkatan inflasi negara
  • Kerajaan juga perlu menggalakkan kewujudan lebih ramai peniaga kecil walaupun mereka berniaga nasi lemak dan mi goreng.
Ketua Jaringan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman
  • Namun, GST tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini bukan sahaja dari sudut politik malahan tetapi dari sudut ekonomi berikutan peningkatan kos sara hidup tetapi GT baik untuk pada masa akan datang supaya dapat mengurangkan defisit belanjawan tahunan negara.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman
bajet 2012 malaysia2 Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?
Bagi kami merasakan beberapa cadangan lain daripada beberapa tokoh ekonomi agak baik termasuklah daripada FOMCA sendiri yang mana kami merasakan berbaloi untuk dilaksanakan melalui Bajet 2012:
  1. Kadar peratusan % cukai individu dikurangkan
  2. Menaikkan gaji yang layak untuk dikenakan cukai. Sebagai contohnya RM5,000?
  3. Cukai pendapatan patut diturunkan jikalau mahu laksanakan Good Service  Tax (GST) yang mana dilihat hampir pasti akan dilaksanakan, cuma masanya yang tepat tidak diketahui. Jikalau GST diperkenalkan kelak, dalam pada masa yang sama tiada semakan semua dibuat melibatkan paras gaji atau pendapatan sekarang yang layak dikenakan cukai, aniaya rakyat nanti
  4. Dan cadangan daripada FOMCA kami sangat bersetuju, sebab lambakan kerata di jalanraya inilah salah satu punca, rakyat “tidak yakin” dengan tahap perkhidmatan awam yang acapkali dikatakan kerajaan mahu diperbaiki termasuk penjimatan subsidi minyak pada tahun 2006 sebanyak 4 bilion, tetapi perkhidmatan awam masih ditakuk lama.
Yang pastinya 3 perkara yang dinantikan rakyat Malaysia. Antaranya ialah :
Selain daripada 3 perkara di atas, dasar dan bentuk belanjawan yang menjadi harapan bagi pembentangan Bajet 2012 Malaysia kali ini?Ataupun anda boleh layarilivestreaming Pembentangan Bajet 2012 (daripada saluran TV3)
P/S : Laporan & kemaskini isi pembentangan Bajet 2012 akan dikemaskini daripada masa ke semasa di sini. Sambil menonton, anda juga boleh terus menyatakan pandangan dan pendapat anda disepanjang pembentangan Bajet 2012 Malaysia ini
———————————————————————————————————
bajet 2012 malaysia3 Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?
Laporan Pembentangan Bajet 2012
  • Tema Bajet 2012 : (Belanjawan Transformasi) Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
  • Jumlah bajet – RM232.8 bilion
  • Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
  1. Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  2. Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  3. Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010
Antara Isi-si penting Pembentangan Bajet 2012
1) Peruntukan rancakkan pembangunan
  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2) Kereta hibrid
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
3) RM1 bilion untuk sekolah
  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan
4) Felda
  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global
5) Gaji penjawat awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
6) Persaraan
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
7) Polis
  • RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
icon cool Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda? Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
9) Subsidi
  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
10) Skim rumah pertama
  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
11) Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
12) Subsidi rumah
  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
13) Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
14) Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
15) Perlindungan kepada gelandangan
  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
16) Simpanan persaraan – KWSP
  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
17) Pinjaman TEKUN
  • Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
18) Penjawat Awam
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
19) Meringankan Kos Sara Hidup
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
20) Rancangan Tebatan Banjir
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.