Selasa, 7 Februari 2012

Mutiara Kata Prof Dr Muhaya

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie


Jika kita berjuang dijalan Allah tetapi akhlak kita dan anak anak kita tidak membahagiakan orang keliling kita audit semual akhlak kita terutama cara bercakap dan lihat berapa orang menerima apa kita perkatakan. jika kita tidak melabur dalam akaun emosi dgn kata kata yg baik sebagaimana baginda Nabi Muhammad saw bagaiman kita ingin berdakwah. segedung akhlak diperlukan untuk mendapat 1 dinar ilmu. salah satu ciri pendakwah ialah husnul khuluq iaitu akhlak yang baik. Jom audit diri kita. Walau apa kita sebut tetapi hati tidak jelas dan tidak diberi dgn kasih sayang tetapi sindiran sampai bila tidak akan sampai pada hati orang didepan kita


Imaginasi dan mental movie ialah kuasa minda paling besar manusia kurniaan Allah. Ramai manusia gunakan untuk benda negatif dan menakutkan mereka. Jika ubah cara penggunaan maka hidup akan berubah. Imaginasi positif menghasilkan hormon positif dan badan akan sihat dan jiwa tenang. Sebab itu perkataan takut, risau, kalau tak jadi menunjukkan imaginasi negatif. Lihat kehidupan dan kesihatan orang yg banyak takut dan risau berbanding dgn mereka yg ceria dan positif.


Orang berjaya ialah mereka yang memberi dgn ikhlas dan menerima dgn bersyukur. Lihat berapa kali kita ucap terima kasih kepada orang keliling kita . berapa kali kaita ucap penghargaan dibanding dengan kritikan. berapa cari lihat kebaikan dari melihat kesalahan. Sifat kita selalunya jika betul 95% salah 5% peratus , kesalahan yang akan disebut dan penghargaan tidak disebut. Mereka yang yakin diri, punya harga diri tinggi suka menghargai sebaliknya mereka yang kurang yakin diri dan kurang harga diri payah menghargai. Jom audit diri kita


Adakah hari dimana kita off eveything and ada " Do nothing day" at least 1 hari dalam sebulan atau setiap dua minggu. kita hormati waktu orang lain dan tidak mengganggu orang insyaAllah orang tidak akan menggangu kita.HArgai setiap perkhidmatan percuma yang kita terima dan tinggikan harga diri dengan bukan hanya mengharap tetapi memberi.


Bina bilik sunyi didalam minda kita dimana kita duduk diam dan muhasabah diri dan mujahadah kepada Allah. Masuk ke bilik ini tanpa gangguan sesiapa. Guna imaginasi untuk membina bilik atau lokasi mana dan cuba tenangkan diri setiap kali rasa panik, tertekan, . Guna imaginasi untuk kerehatan dan kebaikan. Hentikan imaginasi benda yang menyusahkan kita. Ambil masa 5 minit . bukan time wasted tapi time invested. Ckp saya sekarang masuk kebilik ini dan bayangkan betapa indah dan tinggalkan semua kerisauan. Kita perlu escape sesekali. Tak payah pergi cuti baru nak rehat. Sistem saraf kita perlu rehat. roh kita perlu kerehatan. SOlat dan mujahadah dan tadabbur AlQuran cara rehat dan juga guna imaginasi.


hari ini cuba ajak anak anak berlakun jadi orang baik dan bincang bagaimana seronoknya jadi orang baik. ini akan mengubah fokus kepada kebaikan. " Act as if" ini akan memberi emosi positif. lepas ini kalau dia nakal kita ingatkan dia bagaimana seronoknya dan bahagia bila jadi baik. ini cara baik untuk bonding time dgn anak anak. Lihat bagaimana anak anak akan minta supaya sesi ini diulangi. Ini dipanggil training dalam akhlak. Ini akan hilangkan bosan. Beri hadiah setiap kali lepas sesi. Ibu bapa jadi trainer. Contoh latih cara hormat orang tua, cara simpan duit , cara membeli belah, cara menjdi amanah tec. Ibu bapa semua " be creative' kurangkan masa di komputer dan ambil peluang hari cuti interaksi dgn keluarga