Jumaat, 25 Februari 2011

Mail Oder

Pada awal penglibatan di dalam bisnes internet, tidak terlintas di fikiran saya untuk mengenali perniagaan Mail Order.

Memang saya akui bahawa ramai juga di antara usahawan Mail Order (tempatan atau luar negara) mengaut keuntungan yang banyak daripada bisnes ini. Tetapi saya tidak ambil kisah sangat kerana saya fikir kedua-dua model perniagaan ini agak berbeza.

Yang satu menggunakan internet untuk memasar dan menghantar produk (bisnes digital).

Yang satu lagi menggunakan kaedah konvensional untuk memasar dan menghantar produk (mail order).

Namun, selepas diteliti dengan lebih mendalam, saya dapati ramai usahawan internet yang berjaya mempunyai latar belakang perniagaan yang berasaskan mail order. Ya, memang ramai juga usahawan internet yang tidak mempunyai latar belakang bisnes berjaya dengan usaha mereka tetapi bagi yang mempunyai latar belakang bisnes direct response sebegini, kejayaan datang kepada mereka dengan lebih pantas.

Ini disebabkan mereka lebih memahami bagaimana model perniagaan direct response berfungsi.

Jadi, tidak hairanlah usahawan seperti Dan Kennedy dapat menghasilkan ribuan dollar setiap hari dengan mengaplikasikan apa yang telah beliau ketahui di dalam bisnes mail order beliau di internet.

Mungkin Dan Kennedy tidak dikenali ramai di rantau ini (kecuali mereka yang menjalankan perniagaan mail order) tetapi Halim Hazlin dan Mohd Nizam boleh dijadikan contoh usahawan mail order yang telah berjaya.

Tetapi yang lebih menarik di sini ialah anda mungkin mengenali mereka selepas terjumpa beberapa laman web yang mempromosikan produk yang ditawarkan oleh Halim atau Nizam dan mereka menawarkan pakej yang akan dihantar terus ke alamat rumah anda.

Jadi, tidakkah ini merupakan satu lagi cabang mail order?

Bagi pendapat saya, model bisnes sebegini boleh menjadi lebih efektif daripada model perniagaan digital yang konvensional (beroperasi sepenuhnya di internet). Ini disebabkan produk fizikal yang dijual di internet, terutamanya produk informasi, dilihat sebagai mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding produk digital.

Jika tidak percaya, biar saya gambarkan kepada anda.

Produk video rakaman sebuah seminar perniagaan internet di jual di internet pada harga USD$97 dan video ini boleh ditonton secara langsung melalui internet. Pada masa yang sama, produk ini juga ada disediakan di dalam bentuk DVD yang mana ianya dijual pada harga USD$197. Mungkin terdapat 12 DVD di dalam pakej ini dan ke semuanya akan dihantar kepada anda jika anda membuat pesanan melalui internet.

Percaya atau tidak bahawa kedua-dua produk tersebut mempunyai kandungan yang sama. Cuma pakejnya sahaja berlainan. Kos untuk mengeluarkan produk DVD ini pun tidaklah semahal yang anda sangkakan tetapi anda akan rasakan yang produk fizikal lebih bermakna kepada anda kerana anda sudah biasa menilai produk fizikal sebelum ini.

Disebabkan produk fizikal terpaksa melalui beberapa proses lain seperti salinan DVD dan pembungkusan, maka harga yang ditawarkan pun meningkat. Namun, anda perlu ingat bahawa proses salinan dan pembungkusan juga merupakan proses yang boleh diseragamkan. Maksudnya, apabila sistem salinan dan pembungkusan DVD ini telah disempurnakan dengan baik, maka ianya tidak menjadi masalah untuk mengeluar dan menghantar produk fizikal seperti DVD.

Inilah yang dikatakan sistem di dalam bisnes.

Akhir sekali, saya ingin nyatakan bahawa produk digital masih lagi mempunyai pasaran yang besar tetapi, pada masa yang sama, jangan abaikan produk fizikal. Belajar bagaimana perniagaan mail order boleh membantu anda di dalam perniagaan internet yang anda jalankan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Popularity: 6% [?]

Rabu, 23 Februari 2011

GaGal??

94% perniagaan internet gagal pada
tahun pertama. Ya, suatu kenyataan yang agak pahit dan perit untuk
kita terima.

Oleh itu, anda perlu sedar daripada kenyataan tersebut, juga perlu
siap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan yang boleh
menjatuhkan perniagaan anda.

Jadi, hari ini saya ulaskan 3 sebab utama punca mereka gagal dalam
perniagaan internet.

1. Tidak Sabar

Memang lumrah manusia untuk mendapatkan keuntungan besar dalam
jangka masa yang singkat. Perniagaan apapun , mestilah dilihat
untuk mendapat keuntungan jangka masa panjang dan bukan meraih
keuntungan maksima dalam masa singkat

2. Tiada Fokus

Perniagaan internet mempunyai banyak cabang bidangnya.Pilihlah
bidang yang agak sesuai untuk anda dan elakkan juga suka
menukar-nukar bisnes ke bisnes yang lain.

3. Tiada tindakan

Ya, jelas saya cakapkan ,tanpa tindakan anda tak akan ke mana.
Pastikan apa yang dirancangkan, diimplementasikan. Apa yang terjadi
sekiranya perniagaan anda gagal? Tidak mengapa, kegagalan
mengajar anda untuk mengubah perancangan. .

Adakah anda termasuk dari golongan yang saya sebut di atas?
Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Selasa, 22 Februari 2011

Duit Online

Disini saya senaraikan 5 senarai utama rahsia
buat duit online yang menjadi kegemaran saya dan
agak mudah untuk sesiapa juga yang baru cuba-cuba
untuk buat duit online.


#1: Buat Duit Sebagai Pengedar (Affiliate)

Teknik ini merupakan cara tercepat untuk buat duit
secara online. Anda hanya perlu berdaftar dengan produk
yang anda mahu promosikan dan anda boleh menjana komisen
lumayan daripada setiap jualan yang dibuat. Jika anda
mula membina list, anda boleh memasarkan produk-produk
kepada list anda setiap seminggu sekali.


#2: Buat Duit Dengan Blog

Buat duit dengan blog kini semakin mendapat perhatian
kerana banyak cara boleh kita buat duit dengan teknik ini.
Antaranya ialah membuat review sesuatu produk dan meletakkan
link pengedar dalam review tersebut. Anda juga boleh menjual
iklan banner diblog yang mendapat traffik yang bagus setiap
bulan. Blog-blog artis dan selebriti kini menjual iklan dengan
begitu banyak sehingga ada yang mendapat RM10000 sebulan.


#3: Buat Duit Dengan Menjual Ebook

Jangan terperanjat menjual ebook boleh menjadikan sesorang
jutawan segera. Jika anda lihat pelbagai topik ebook yang boleh
kita lihat apabila anda membuat carian digoogle atau yahoo.
Antara topik yang mendapat sambutan hangat ialah cara buat duit,
kuruskan badan, dan mencari kerja kerajaan. Cara terbaik untuk
membuat ebook sendiri ialah melihat ebook apa yang mendapat
sambutan dan cipta produk yang lebih baik dan berkualiti.


#4: Buat Duit Dengan Clickbank

Pelbagai topik produk boleh anda temui di clickbank dan anda
boleh menjadi pengedar produk-produk tersebut dan menjana
komisen lumayan setiap bulan. Cara terbaik ialah dengan membina
list terlebih dahulu untuk sesuatu niche dan pasarkan produk
mengikut masa tertentu. Beri keutamaan untuk produk yang mempunyai
ulangan pembelian setiap bulan (memberships) kerana anda buat
jualan sekali dan mendapat keuntungan setiap bulan.


#5: Buat Duit Dengan Produk Offline

Produk offline disini bermaksud produk yang perlu ada dipasaran
yang boleh kita poskan kepada pelanggan. Banyak produk yang
kini boleh dijual dengan membuat satu blog percuma dan buat
ringkasan terbaik tentang sesuatu produk. Antara produk yang
mendapat sambutan hangat ialah menjual tudung bawal, baju jenama
kanak-kanak, kasut crocs dan banyak lagi. Pastikan produk anda
dijamin berkualiti dan bukan tiruan untuk mengelakkan sebarang
masalah hakcipta.


Jadi apa yang anda tunggu lagi, pilih salah satu daripada 5
teknik diatas untuk buat duit cepat!

Minda Power

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada
100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini
saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan
orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.


Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar
dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan,
saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat
perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, "think rich to get rich!"

Isnin, 21 Februari 2011

Hobi - Money

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baru-baru ini, ibu saya menyoal benarkah hobi dapat dijadikan
sumber pendapatan di internet?

Pintas saya jawab "Sudah tentu boleh!". Mengapa tidak boleh
menjadikan ianya sebagai perniagaan di internet selagi ia mempunyai
potensi tinggi?

#Anda meminati bidang masakan, mengapa tidak
mencipta resepi-resepi baru, menulis ebook resepi,
menjual makanan secara online!

#Anda berpengalaman dan meminati bidang masakan?
Sudah tentu ramai kalangan di luar sana ternanti-nanti untuk
mengambil upah jahitan, membeli buku teknik jahitan,
membuka kelas jahitan.

Ya, sememangnya terlalu banyak hobi yang boleh diubah untuk
dijadikan idea perniagaan internet!Tidak kira apa sahaja hobi,minat,
pengalaman serta pengetahuan anda sekarang dan sebelum ini, ada
caranya untuk ubahkannya menjadi idea perniagaan di internet.

Sekiranya anda seorang yang mahu mencuba serta seorang yang inovatif
dan kreatif, anda akan menemui banyak lagi cara dan jalan untuk
mencari wang lumayan dari internet. Percayalah!

Teknik Pemasaran

Hari ini saya akan dedahkan beberapa teknik
pemasaran yang boleh anda gunakan dalam bisnes
anda.

Ramai yang merungut kepada saya mengapa produk
mereka tidak laku walau pelbagai cara telah
digunakan.

Setelah menjual produk bernilai jutaan ringgit
diinternet saya telah menggunakan beberapa teknik
yang melariskan produk-produk saya dan ini masanya
untuk anda ikut.

Antara 2 teknik terbaik yang saya gunakan adalah
seperti dibawah:

1- Testimoni penguna produk anda. Jika ramai yang
puas hati dengan produk anda tentu mereka tidak
keberatan untuk berikan testimoni. Testimoni adalah
bukti terbaik bahawa produk anda benar-benar berkualiti.

Anda boleh melihat contoh testimoni produk saya disini


2- Bonus tambahan yang berkaitan dengan produk anda.
Baru-baru ini isteri saya telah mencuba produk kosmetik
Clarins dari Paris. Setelah membayar isteri saya terkejut
sebab banyak hadiah yang diberi termasuk bag, losyen dan
hampir 5 lagi barisan produk mereka.

Jadi jika anda mahu menjual program A katakan, anda berikan
beberapa bonus tambahan yang akan membuat prospek anda rasa
rugi jika tidak membeli daripada anda. Anda mesti letakkan
had masa supaya teknik ini lebih efektif.

Contohnya: \"Pesan Produk A hari ini dan dapatkan 5 bonus
tambahan bernilai RM399 untuk tempoh 5 hari sahaja!\"

Anda boleh melihat contoh bonus yang saya berikan disini


Orait, selepas ini anda boleh gunakan 2 teknik pemasaran
pro diatas dan lihat produk anda licin dengan cepat ;)


Jumpa lagi dengan tip-tip yang lain.



Jumaat, 4 Februari 2011

RM10

Salam ye,

Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan satu hari
nanti. Walaupun dikocek anda hanya ada RM10 pada masa ini, dengan rahsia ini wang
tidak akan menjadi masalah lagi kepada anda.