Isnin, 3 Oktober 2011

Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan Dr.Azizan Osman - Bahagian 1




Adakah Anda Mahu Perniagaan Anda MENGUNTUNGKAN? 
9/10 peniaga tutup kedai atau tukar perniagaan lain dalam masa 5 tahun pertama mereka berniaga! 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera 
Mawi,
Berapa ramai daripada anda adalah usahawan, berniaga, menjual sesuatu atau terlibat dalam industri perkhidmatan seperti takaful, unit amanah, ejen hartanah atau networking? Adakah anda di antara mereka yang ingin meningkatkan jualan, meningkatkan keuntungan serta mempunyai lebih ramai pelanggan? 

Bagus jika anda jawab "YA"! Tapi adakah anda betul-betul dah berpuashati dengan tahap pencapaian perniagaan anda? 

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu perkara menarik yang saya hanya perolehi selepas saya melalui proses jatuh bangun dalam perniagaan selama hampir 15 tahun ini. 

Saya pernah hampir bankrap dulu, tetapi Alhamdulillah hari ini saya bukan sahaja berjaya membina berpuluh syarikat dari kosong sehingga menghasilkan jualan ratusan juta ringgit dalam pelbagai industri. Antara industri yang maksudkan termasuklah industri pengiklanan, pemasaran, produk kesihatan, telekomunikasi, perbankan, latihan & pembangunan sumber manusia serta banyak lagi.
Dan sudah terbukti saya berjaya membantu lebih 10,000 usahawan dalam tempoh setahun ini untuk meningkatkan jualan dan keuntungan mereka. Anda boleh lihat kisah kejayaan mereka di laman web www.MarketingPower.com.my.
Saya juga bertanggungjawab menyebabkan mereka yang menjadi "huru-hara" kerana kedai atau syarikat mereka "diserbu" ramai pelanggan, seterusnya menjadikan pendapatan dan gaya hidup meningkat setelah menggunakan strategi kuasai pemasaran konsep "P.O.W.E.R" yang saya gunakan. 

Perkara yang ingin saya kongsikan ialah...
Memang 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan sebagaimana sabda Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu. Itu memang betul! Tapi, saya dapati hampir 90% mereka yang berniaga PASTI GAGAL!
Rugi kita sebagai anak Melayu yang tinggal di Malaysia yang aman damai tetapi tidak memaksimakan potensi kita dalam membina perniagaan yang berjaya. Apatah lagi bila kita tidak mempunyai kekuatan ekonomi yang kukuh secara keseluruhan. 

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu kenapa mereka ini PASTI GAGAL? (Cuba angkat tangan!) 

Well, saya ada satu contoh mudah. Sekiranya anda tanya semua orang, tak kiralah sama ada siapa pun orang itu, adakah dia nak masuk syurga, pasti jawapannya ialah "Nak" bukan?
Ramai nak masuk syurga tapi tak ramai yang mahu berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT dengan mempelajari caranya, sistemnya, sunnahnya serta bertindak atau berusaha. Samalah juga dengan ramai yang tahu doa ibu-bapa itu makbul dan diredhai Allah SWT, tapi ramai yang pilih untuk tidak bertindak untuk menggembirakan hati ibu bapa mereka tatkala mereka masih hidup. 

Maksudnya ialah, 9/10 mereka yang berniaga PASTI GAGAL atau jika tidak gagal sekali pun, perniagaan mereka "gitu-gitu" atau "biasa-biasa" sahaja. 
Kenapa begitu? Kerana mereka tidak mahu belajar daripada mereka yang telah berjaya, mempunyai ego yang tinggi serta tidak mahu belajar sistem yang mungkin lebih berjaya untuk meningkatkan perniagaan mereka serta mereka tidak ada kuasa bertindak yang tinggi!
Apa rahsia mereka yang berjaya?
Ini rahsianya! 5 rahsia atau prinsip penting ini anda boleh gunakan di dalam kehidupan, pekerjaan atau perniagaan. Saya tahu kerana 5 prinsip inilah yang telah mengubah hidup saya 180 darjah serta mengubah hidup ramai di luar sana yang telah mempelajari serta bertindak menggunakan formula kejayaan ini:- 

Rahsia formula kejayaan saya terletak pada perkataan MESTI
Ini adalah formula yang digunakan oleh mereka yang kaya dan berjaya dari dulu sampai sekarang sama ada secara sedar atau tidak. Formula ini jika digunakan dengan konsep pemasaran P.O.W.E.R yang saya ajarkan dalam Klinik Usahawan - Seminar Marketing POWER, Insya-Allah akan menyebabkan pendapatan perniagaan anda melonjak naik dalam masa yang singkat.
Jangan terus percaya cakap saya - Datang ke Seminar Marketing POWER dan dengar sendiri! 

Apa itu konsep MESTI (TM)? 

MESTI adalah berdasarkan M-Mentor, E-Elmu (Nanti saya terangkan kenapa "eLMU" dan bukan "i"-ilmu, S-Sistem ataupun strategi, T-Tindakan dan akhir sekali I-Impian. 

Prinsip Pertama: M-Mentor 

Sekiranya anda suka membaca biografi mereka yang berjaya (saya sangat suka mengkaji biografi!), anda akan dapati persamaan mereka yang berjaya dalam mana-mana bidang atau industri tidak kira ahli perniagaan, politik, pelakon, ahli sukan, jutawan atau "billionwan" adalah.. mereka terdiri daripada orang yang mempunyai idola atau model yang mereka suka tiru atau ikuti yang telah berjaya dalam bidang tersendiri. 

Malah, mereka yang pantas menempa kejayaan adalah mereka yang bukan setakat membaca tentang mereka yang berjaya, tetapi menjadikan orang yang berjaya itu sebagai seorang Mentor lalu belajar daripada Mentor mereka! 

Jadi, jika anda ingin berjaya dalam perniagaan restoran contohnya, apa yang anda perlu lakukan ialah anda perlu "berguru" atau belajar daripada mereka yang telah mempunyai restoran yang sangat berjaya, banyak cawangan serta lebih hebat daripada anda. 

Kesilapan ramai orang yang negatif yang hatinya penuh "najis" (saya panggil sebagai "BIAWAK") adalah, sekiranya ada orang yang lebih berjaya daripada mereka, mereka akan mula "menjelir lidah" macam biawak, mula buat cerita untuk memburukkan orang yang berjaya tersebut serta mencari jalan untuk membuat "parti" atau forum untuk menyebarkan fitnah atau tohmahan kepada orang lain yang berjaya.
Itulah kesilapan paling besar dan merugikan anda! 

Orang yang bakal berjaya adalah mereka sedar yang orang berjaya tahu sesuatu yang mereka tidak tahu dan mereka mencari jalan untuk "berguru" dengan orang yang telah berjaya itu. Jika anda yang mempunyai sebuah restoran dan ingin menjadi pemilik sebuah perniagaan seperti McDonald (yang memiliki lebih 25,000 francais di seluruh dunia!) anda hanya perlu tengok dan kaji apa yang mereka ini buat tetapi anda tidak buat. 

Jika anda nak pandai buat coklat, bukankah senang anda belajar daripada pakar coklat seperti Chef Amer? Kenapa nak buang masa cuba dan cuba tanpa mentor? Itu bukan sahaja buang masa tetapi bangang namanya! 

Kesimpulannya, untuk berjaya dalam perniagaan, anda carilah mentor yang betul-betul terbukti kejayaannya. Saya mungkin tidak dapat mengajar anda buat kek, tapi saya mempunyai ilmu dan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pemasaran dan berjaya membina perniagaan saya serta membantu ramai usahawan yang mahukan lebih ramai pelanggan serta meningkatkan pendapatan! 

Prinsip Kedua- eLMU 

Ini adalah rahsia atau formula kejayaan yang kedua. Ilmu tentang "E" iaitu Emosi. Apa dia ilmu tentang emosi? Ilmu tentang tingkah-laku atau sikap kita, ilmu tentang kekuatan dan kelemahan kita dan bagaimana kita menguasai halatuju diri kita, cara kita berfikir, perasaan kita, percakapan kita serta tindakan kita. Semuanya bermula daripada kebolehan mengawal atau menguruskan emosi yang memerlukan integrasi informasi di antara minda, hati dan tindakan. 

Ramai usahawan gagal kerana mereka mudah berputus-asa - itu emosi. Ramai usahawan gagal kerana tidak berdisiplin atau tidak konsisten - itu emosi. Ahli sukan adalah contoh yang mudah. Jika mereka boleh memaksimakan emosi mereka ke tahap paling tinggi ditambah dengan melakukan latihan fizikal, pasti mereka akan konsisten dengan hasil kejayaan mereka. 

Bagaimana untuk belajar tentang eLMU ini? Saya hanya tahu satu tempat iaitu Universiti Kehidupan. Tapi, sekiranya anda ingin pelajari panduan serta ilmu tentang memahami dan menguasai diri anda serta memaksimakan potensi diri anda, anda akan pelajarinya dalam Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power yang sedang saya jalankan di beberapa lokasi terpilih.
Anda boleh dapatkan info lanjut di www.MarketingPower.com.my atau hubungi hotline kami di 019/013-2442244/019-2442400. Anda juga boleh hubungi pihak Richworks.com.my di 03-55191260. 

........ Bersambung minggu hadapan. 
Dr.Azizan Osman 
Penulis buku, Kolumnis, CEO dan Pakar Perunding Potensi Diri & Perniagaan 
Licensed Master Trainer Asia - Guerilla Marketing International 
Members of Malaysian Institute of Marketing 
FB: Facebook.com/AlumniDrAzizan (Mencecah 60,000 LIKE!) 

Perhatian:
1. Dapatkan 50-Tips Strategi Pemasaran Dr.Azizan Osman secara PERCUMA diMarketingPower.com.my. 

2. Sekiranya anda ingin mempelajari rahsia menguasai pemasaran serta prinsip M.E.S.T.I, Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman - Seminar Marketing Power Okt 2011 merupakan program pembangunan usahawan terbaik untuk anda sertai di Malaysia kerana ia diajar sendiri oleh CEO serta usahawan yang telah berjaya serta terbukti berjaya membantu lebih 10,000 usahawan dalam masa setahun ini. 

3. Bermula daripada 28 September 2011, Dr.Azizan ditauliahkan sebagai Licensed Master Trainer di Asia untuk semua program Guerilla Marketing International yang telah diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, penulis lebih 100 buah buku tentang Guerilla Marketing yang telah diterjemahkan ke lebih 60 bahasa serta terjual lebih 21 juta maskah di seluruh dunia.