Jumaat, 7 Oktober 2011

Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?


bajet 2012 malaysia1 Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?
Hari ini, Jumaat 7 Oktober 2011, merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kerajaan amnya dan rakyat Malaysia umumnya. Pembentangan Bajet 2012 telah pun bermula. Laporan Pembentangan Bajet 2012 Malaysia boleh disemak di bahagian bawah artikel ini
Okey, kalau diikutkan gaji, harga barang dan minyak menjadi tiga faktor utama menentukan corak kos sara hidup rakyat Malaysia ketika ini. Disebabkan harga minyak dan harga barang di Malaysia melambung tinggi, jadi kenaikan gaji dilihat jalan yang terbaik bagi menampung kos sara hidup kita semua di sini sebagai rakyat Malaysia.
Setakat ini, beberapa pandangan & harapan telah diutarakan kepada kerajaan Malaysia bagi Bajet 2012 ini. Antaranya ialah :
Pandangan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan
  • Kerajaan dilihat perlu mengurangkan kadar cukai pendapatan individudan korporat yang dikenakan selama ini sebagai langkah untuk meringankan beban tanggungan rakyat berpendapatan rendah sekaligus mampu meningkat kadar pertumbuhan ekonomi
  • Cukai korporat telah mencecah 25 peratus berbanding negara jiran iaitu Singapura hanya 17 peratus dan jika dikira bersama cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cukai korporat di Malaysia masih dianggap tinggi. Manakala cukai individu pula ketika ini adalah 26 peratus.
  • Selain itu, kerajaan dicadang mempertimbangkan pemberian pelepasan cukai kepada syarikat korporat yang memberi bonus tahunan melebihi gaji sebulan kepada pekerjanya yang sebenarnya tidak akan merugikan kerajaan kerana pelepasan cukai dan bonus yang diberikan itu, akhirnya akan dibelanjakan juga dalam pasaran negara
(Pandangan Penganalisis ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam)
  • Selain itu, kerajaan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menyediakan belanjawan itu bagi mengelak berlakunya defisit yang sekali gus akan mempengaruhi prestasi ekonomi serta peningkatan inflasi negara
  • Kerajaan juga perlu menggalakkan kewujudan lebih ramai peniaga kecil walaupun mereka berniaga nasi lemak dan mi goreng.
Ketua Jaringan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman
  • Namun, GST tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini bukan sahaja dari sudut politik malahan tetapi dari sudut ekonomi berikutan peningkatan kos sara hidup tetapi GT baik untuk pada masa akan datang supaya dapat mengurangkan defisit belanjawan tahunan negara.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman
bajet 2012 malaysia2 Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?
Bagi kami merasakan beberapa cadangan lain daripada beberapa tokoh ekonomi agak baik termasuklah daripada FOMCA sendiri yang mana kami merasakan berbaloi untuk dilaksanakan melalui Bajet 2012:
  1. Kadar peratusan % cukai individu dikurangkan
  2. Menaikkan gaji yang layak untuk dikenakan cukai. Sebagai contohnya RM5,000?
  3. Cukai pendapatan patut diturunkan jikalau mahu laksanakan Good Service  Tax (GST) yang mana dilihat hampir pasti akan dilaksanakan, cuma masanya yang tepat tidak diketahui. Jikalau GST diperkenalkan kelak, dalam pada masa yang sama tiada semakan semua dibuat melibatkan paras gaji atau pendapatan sekarang yang layak dikenakan cukai, aniaya rakyat nanti
  4. Dan cadangan daripada FOMCA kami sangat bersetuju, sebab lambakan kerata di jalanraya inilah salah satu punca, rakyat “tidak yakin” dengan tahap perkhidmatan awam yang acapkali dikatakan kerajaan mahu diperbaiki termasuk penjimatan subsidi minyak pada tahun 2006 sebanyak 4 bilion, tetapi perkhidmatan awam masih ditakuk lama.
Yang pastinya 3 perkara yang dinantikan rakyat Malaysia. Antaranya ialah :
Selain daripada 3 perkara di atas, dasar dan bentuk belanjawan yang menjadi harapan bagi pembentangan Bajet 2012 Malaysia kali ini?Ataupun anda boleh layarilivestreaming Pembentangan Bajet 2012 (daripada saluran TV3)
P/S : Laporan & kemaskini isi pembentangan Bajet 2012 akan dikemaskini daripada masa ke semasa di sini. Sambil menonton, anda juga boleh terus menyatakan pandangan dan pendapat anda disepanjang pembentangan Bajet 2012 Malaysia ini
———————————————————————————————————
bajet 2012 malaysia3 Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda?
Laporan Pembentangan Bajet 2012
  • Tema Bajet 2012 : (Belanjawan Transformasi) Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
  • Jumlah bajet – RM232.8 bilion
  • Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
  1. Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  2. Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  3. Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010
Antara Isi-si penting Pembentangan Bajet 2012
1) Peruntukan rancakkan pembangunan
  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2) Kereta hibrid
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
3) RM1 bilion untuk sekolah
  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan
4) Felda
  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global
5) Gaji penjawat awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
6) Persaraan
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
7) Polis
  • RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
icon cool Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda? Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
9) Subsidi
  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
10) Skim rumah pertama
  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
11) Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
12) Subsidi rumah
  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
13) Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
14) Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
15) Perlindungan kepada gelandangan
  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
16) Simpanan persaraan – KWSP
  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
17) Pinjaman TEKUN
  • Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
18) Penjawat Awam
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
19) Meringankan Kos Sara Hidup
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
20) Rancangan Tebatan Banjir
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.