Selasa, 16 Ogos 2011

Kad Debit & Kad Prepaid


Kad Debit merupakan nadi utama bagi mereka yang berurus niaga di Internet. Kalau korang ada akaun PayPal sudah tentu korang juga ada Kad Debit. Ini adalah kerana korang perlukan Kad Debit untuk membuat pengesahan akaun PayPal. Setelah pengesahan akaun PayPal dibuat, barulah korang boleh gunakan Kad Debit tersebut untuk membeli-belah secara online atau menerima duit atau wang melalui PayPal.
Baiklah… post kali ni aku tak nak cerita pasal PayPal tapi post kali ni aku nak cerita pasal Kad Debit dan Kad Prepaid yang mana kedua-dua jenis kad ini kita boleh gunakan untuk keluarkan duit atau wang yang kita perolehi hasil dari bisnes kita di eBay ke akaun bank melalui PayPal.
Antara Kad Debit dan Kad Prepaid yang biasa aku gunakan ialah:-
Kad Debit
1) Maybank Debit Visa
2) Public Bank Visa Electron
3) Al Rajhi Bank Debit Card-i Visa
4) EONCAP Islamic Debit Mastercard
Kad Prepaid
1) MOL Freedom Prepaid Mastercard
2) TuneMoney Visa Prepaid Card
3) Ambank NexG Prepaid Mastercard
Mesti korang tertanya-tanya… Apakah beza Kad Debit dan Kad Prepaid? Jawapannya ialah seperti berikut:-
Kad Debit – Kad debit adalah kad yang terus disambungkan (linked) dengan akaun bank. Untuk memudahkan rujukan dan perbincangan, kita panggil sebagai kad debit-akaun. Kad yang tidak mempunyai akaun bank bukan kad debit. Kad debit tidak dapat digunakan jika akaun bank tidak mempunyai nilai baki yang mencukupi. Selain digunakan sebagai kad debit, ia juga berfungsi sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM. Kad ini sebenarnya hanyalah sebagai alat sahaja untuk mengeluarkan wang dan ‘tidak mempunyai apa-apa nilai wang di dalamnya’.
Dari segi keselamatan, andaikata ia jatuh ke tangan orang lain, habislah duit di akaun bank akan dibelanjakan. Oleh yang demikian, jadilah pengguna yang bijak.
Kad Prepaid – Kad prepaid (prabayar) berbeza dengan kad debit, walaupun konsepnya sama, namun ia tidak perlu mempunyai akaun bank. Ya, walaupun kita boleh “add” akaun kad ini ke dalam akaun Online Banking bank berkaitan, tetapi hanya duit yang ada di dalam kad sahaja yang boleh digunakan. Ia tidak bersambung terus ke akaun simpanan.
Konsep kad prepaid ini adalah, banyak mana duit ada di dalam kad, itulah nilainya yang boleh kita belanjakan. Konsepnya sama seperti kad Touch n Go dan prepaid card telefon yang perlu diisi wang ke dalamnya jika mahu digunakan, dan tidak boleh digunakan jika nilai tiada atau tidak mencukupi.
Kelebihan ketara kad prabayar (prepaid) ini adalah keselamatan. Kalau ia jatuh ke tangan orang lain, ia tidak membahayakan akaun bank kita kerana seperti yang dikatakan, ia tidak disambungkan ke mana-mana akaun bank. Jika ada RM30 di dalam kad itu, maka itulah nilai kerugian. So… top up jumlah yang diperlukan sahaja apabila ingin berbelanja.

Baru-baru ni aku ada apply satu lagi Kad Prepaid PayPal-MOL “The Digital Card”. Paypal-MOL adalah gabungan hasil usaha sama antara PayPal dan MOL (Money Online). Mereka juga bekerja sama dengan EON Bank bagi melengkapkan sistem perbankan disini.EON Bank adalah bank yang dilantik khas bagi mewujudkan sistem Kad Prepaid Visa Paypal-MOL atau lebih dikenali sebagai “The Digital Card”. Melalui kad ini kita boleh melakukan Debit dan Kredit antara akaun PayPal dan MOL. Kita boleh memindahkan wang kita kedalam akaun Paypal, atau dari Paypal ke akaun MOL melalui Kad ini (Reload/Withdraw).
Untuk memiliki Kad Prepaid PayPal-MOL korang perlu memenuhi syarat-syarat berikut:-
1) Wargangara Malaysia
2) Berumur 18 tahun ke atas
3) Telah mempunyai akaun PayPal
Bagaimana cara nak dapatkan Kad Prepaid PayPal-MOL “The Digital Card” ini?
Tak perlu ke EON Bank untuk dapatkan kad ini. Tetapi ada 2 cara nak dapatkannya.
1) Register dan beli secara online di www.Paypal-MOL.com
  • Untuk dapatkan kad ini, korang kena register akaun MOL terlebih dahulu. Caranya dengan klik pada butang “Register”, lengkapkan butir-butir yang diperlukan dan klik “Register”.
  • Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan untuk dapatkan kad ini. Korang boleh pilih cara pembayaran guna MOL Points atau melaui Maybank2u.
  • Tunggu makluman kelulusan permohonan daripada pihak bank sama ada melalui emel, surat atau SMS yang akan bagi tahu kat branch EON Bank mana nak collect Kad tersebut.
  • Dah dapat kad, login ke akaun Paypal dan “add” kad PayPal-MOL.
2) Beli secara offline “Welcome Pack” PayPal-MOL kat 7-Eleven
  • Korang akan dapat Kad serta merta dan kad tersebut kena terus tandatangan.
  • Isi borang yang disertakan, lampirkan sekali salinan kad pengenalan dan poskan untuk tujuan pengaktifan.
  • Tunggu makluman kelulusan permohonan daripada pihak bank sama ada melalui emel atau SMS.
  • Setelah kad diaktifkan, login ke akaun Paypal dan “add” kad PayPal-MOL.
Kepada mereka-mereka yang blacklist dengan pihak bank, ini adalah alternatifnya untuk korang bergiat cergas dalam Online Business. Tiada alasan lagi buat korang untuk menghasilkan duit @ wang di internet. Semoga perkongsian aku kali ini dapat kita manfaatkan bersama. Sekian.