Rabu, 11 April 2012

Gempa bumi 7.1 gegarkan Aceh, tiada korban jiwa

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie



11/01/2012 12:25pm

JAKARTA 11 Jan. - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi ini, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa dalam peristiwa ini.
Pihak berkuasa juga menarik balik amaran ancaman tsunami tidak beberapa lama selepas mengeluarkannya sejurus selepas kejadian.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mencatatkan bahawa gempa bumi di lautan yang berpusat di 419km barat daya Meulaboh, dengan kedalaman 10km itu, berlaku pada 1.36 pagi dan ia diikuti beberapa kejadian gempa susulan.


Menurut laporan media tempatan, gegaran kuat gempa bumi itu dirasai penduduk Banda Aceh dan sekitarnya, manakala penduduk di kawasan pesisir Aceh pula merasakan tiupan angin kencang.
Penduduk di pesisir pantai yang panik, dilaporkan lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju kawasan yang lebih selamat.
Di pusat bandar Banda Aceh, penduduk banyak berkumpul di Jambatan Pantai Pirak dan Jambatan Simpang Surabaya untuk memantau pergerakan arus sungai Krueng Aceh kerana ia boleh memberi petanda jika berlaku tsunami.
Suasana kembali tenang apabila pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami itu.

Sabtu, 7 April 2012

Uhibbuka Ya Habibi Ya Rasulullah saw

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie

Makna Bacaan Dalam Solat - Very Nice:)

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie