Sabtu, 29 Oktober 2011

Resonate Audience / Expert Positioning,



Dalam pengucapan awam, adalah penting anda mempunyai teknik atau template untuk mengukuhkan siapa dan mengapa anda berada disitu untuk berkongsi pengalaman / mengajar mereka.

Penggunaan seperti sijil / kelayakan seperti mempunyai result memang baik, tetapi jika anda tidak tahu menggunakan dan menyambungkan cerita ini, hati-hati anda mungkin kelihatan 'jauh' dari audience.

Dan ceritanya inilah akan 'hook reality dan emotion (resonate)' audience anda. Fokus utama ialah untuk satukan 'level' dengan audience anda supaya mereka tahu mereka juga mempunyai peluang seperti anda.

Antara contoh saya lihat seperti Robin Sharma mengatakan,

" Saya seorang yang biasa, dan bukan guru atau orang mulia, saya hanyalah seorang yang mempunyai cara untuk _______________, dan ini mungkin boleh membantu anda"

Dan ada juga Internet Marketer seperti Ewen, Patrick yang pernah saya dengar live seperti

" saya sama sahaja seperti anda, saya 2 tahun dulu duduk ditempat sama seperti anda, tiada apa yang spesial mengenai saya, dan ______________"

Antara yang selalu saya gunakan ialah konsep DIP atau lebih kurang sama dengan pelbagai template pengucapan awam antarabangsa. (saya mungkin ceritakan jika ada respon positif disini) .


Jadi akhir kata, apa template expert positioning untuk anda dalam pengucapan awam?

~ by Gero azrul



...............................


Tips Power Talk - Body Language (55%) , Words 7% , Intonation 38%.

Menurut kajian, body language memainkan peranan penting dalam pengucapan awam. Sebab itu kebanyakan dalam seminar dan training, apabila berkata sesuatu atau menekankan sesuatu mesti diikuti dengan gaya yang betul.

Antara contoh kesilapan yang saya lihat, apabila mengutarakan sesuatu pada audience, ada speaker yang kakinya masih tidak grounding, atau terkebelakang bila berkata sesuatu. Hati-hati audience anda membaca gerak geri anda!

~ Good luck!