Rabu, 27 Julai 2011

FB fb

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie


Salam hormat buat semua rakan Facebook.


 'Communication

Marketing'.
Pada hari ini, perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang berjaya

dalam komunikasi.


Jika secara offline, itulah yang dilakukan. Lebih banyak informasi

yang disalurkan maka
perniagaan akan lebih berjaya. Begitu juga dalam dunia online.


Hari ini, dalam pemasaran di internet teknik komunikasi adalah Email

dan Facebook.
Jika kita sudah menguasai kedua-duanya ianya adalah permulaan kepada

kejayaan
kita yang seterusnya...


Email Marketing sudah ramai yang tahu. Teruskan membina aset dan

menjalankan
teknik pemasaran email yang berkesan.


Namun dalam Facebook marketing, tahukah kita di dalam polisi Facebook

bahawa
menjalankan perniagaan menggunakan personal profil tidak dibenarkan.

Maka pada
bila-bila masa pihak Facebook berhak untuk DISABLE akaun facebook

kita.


Bayangkan jika kita sudah ada ratusan pelanggan dan tiba-tiba akaun

kita hilang begitu
sahaja. Maka binalah semula perniagaan dari awal. Susah bukan? Selain

itu personal
profil juga hanya terhad kepada 5000 members sahaja. Kita sepatutnya

perlu bijak dalam
perkara ini. Kita mahu pelanggan tanpa had.

Jadi, solusi yang boleh dilakukan adalah mewujudkan FanPage.

Tidak kira apa jua jenis perniagaan kita. Apa yang penting di

Facebook adalah kita
salurkan informasi yang tepat dan betul.

Anda sudah ada Fan Page untuk perniagaan internet anda?
Jika belum, mulakan sekarang...

Anda boleh mula mendaftar pages anda sendiri disini...
http://www.facebook.com/pages/create.php


Ada ribuan Pages selebriti, tokoh, jenama disini,
anda boleh lihat bagaimana mereka lakukannya:
http://www.facebook.com/pages/browser.php




http://www.facebook.com/bisnesaffiliate

Isnin, 25 Julai 2011

Kuasa Pemasaran

Salam semua
 
Tahukah anda seramai 17.6 juta penonton menonton rancangan Oprah Talk Show yang terakhir dan cuba teka apakah topik paling utama dalam rancangan tersebut? .......... "It's all ENERGY!" .... Semuanya adalah tenaga, gelombang, frekuensi......
 
Oprah kata,
 
"Anda bertanggungjawab dengan tenaga yang anda ada serta cipta, dan anda bertanggungjawab dengan tenaga yang anda beri kepada orang lain!"
 
Itu yang Afdlin Shauki sebut di dalam Seminar Hidup Luar Biasa baru-baru ini yang kita boleh pilih menjadi bateri yang caj diri kita dan orang lain atau kita boleh pilih jadi nyahcajbateri (discharge battery) yang menyedut tenaga kita sendiri dan tenaga orang lain....
 
90% orang yang tidak ada mentor, ilmu dan sistem untuk memperbaiki tahap kewangannya, tahap kebocoran kewangannya atau tidak tahu apakah cara bagaimana untuk memperbaiki kehidupannya, kerjayanya atau perniagaannya....
 
Masalahnya ramai yang ingat mereka tahu!
 
Cuba buat simple test dan jawab soalan dibawah ini:-
 
Adakah anda yakin yang anda boleh berhenti kerja atau berhenti berniaga sekarang dan anda ada simpanan atau pendapatan pasif yang cukup untuk hidup dengan cara hidup yang sama sampai bila-bila? ..... Kalau belum boleh berhenti, Itu tandanya anda perlu belajar untuk kuasai kewangan anda.
 
Adakah anda dapati yang duit anda senang masuk tapi cepat keluar balik? Atau susah masuk tapi senang keluar? ...... Kalau ya, itu bermakna anda mengalami kebocoran wang. Ada yang cukup-cukup makan, ada yang teruk kebocorannya sampai perlu sentiasa berhutang.....
 
Adakah anda puashati dan rasa selesa dengan apa yang anda ada untuk diri anda atau keluarga anda? .... Jika ya, itu tandanya anda belum mengenali atau menguasai potensi diri anda yang sebenar.
 
Adakah anda atau pasangan anda pernah bercakap atau pernah bertelingkah mengenai masalah kewangan yang dihadapi untuk bayar bil atau sebagainya?..... Jika ya, itu tandanya anda belum tahu rahsia menarik kekayaan & kejayaan dalam hidup anda.
 
Well, tak payahlah percaya cakap saya atau sesiapa pun orang lain yang telah berjaya merubah hidup daripada "biasa-biasa" menjadi "luar biasa".....Jika anda rasa anda boleh teruskan hidup dengan masalah kebahagiaan, kewangan dan kerjaya atau perniagaan anda lagi berpuluh tahun.
 
Tapi biar saya beritahu anda apa yang buat hidup saya berubah lebih 10 tahun dahulu.
 
Dulu, sebelum 2001,  saya selalu percaya yang saya tahu semua benda. Saya juga selalu percaya yang satu hari nanti saya akan kaya dan berjaya, hanya masa yang belum sampai.
 
Tapi saya dapati masa itu, saya dah cuba macam-macam perkara. Tapi semakin saya buat apa yang saya buat, semakin banyak masalah datang kepada saya.
 
Sehinggalah saya belajar satu perkara penting daripada seorang usahawan cina yang berjaya, dia kata, orang yang hidup kaya dan berjaya sebenarnya ramai yang dulunya adalah susah, tapi kenapa hidup mereka berubah?
 
Sebab.....Mereka pergi ambil tahu apa yang orang kaya dan berjaya tahu yang mereka sah-sah tak tahu.
 
Mesti banyak benda yang orang yang kaya & berjaya tahu yang orang miskin atau gagal atau belum berjaya TIDAK TAHU!
 
Masalahnya ramai orang yang hidup "biasa-biasa" ni hingat mereka dah tahu semua (Macam saya dulu!).....Kalau kita dah tahu semua, mestilah hidup kita dah berubah! Sebab itulah yang terjadi kepada saya bila saya faham ayat ini.
 
Apa saya buat next? Bermula tahun 2001, masa tu saya buat keputusan untuk mengkaji dan belajar hanya daripada mereka yang telah berjaya. Saya sanggup buat apa sahaja untuk "menyedut" "bateri" mereka dan ilmu serta pengalaman mereka. Ternyata ianya telah merubah hidup saya sehingga sekarang. Alhamdulillah bukan sahaja saya mempunyai perniagaan dengan 12 buah anak syarikat dalam bidang pengiklanan, pemasaran, grafik, internet, trading, import dan eksport, pengurusan korporat dan perakaunan dan lain-lain lagi yang puluhan juta ringgit nilainya dalam masa yang singkat kurang daripada 3 tahun beroperasi tetapi saya juga telah gunakan ilmu dan pengalaman saya membantu ramai orang di luar sana untuk memperbaiki hidup mereka
 
Bukan itu sahaja, ilmu seseorang itu tidak terbukti sehingga dia telah bantu orang lain juga serta berjaya..... Dan Alhamdulillah, lebih 100,000 orang yang telah mempelajari daripada program-program saya dan mereka yang telah bertindak menggunakannya telah memberikan mereka hidup yang lebih luar biasa. Ilmu penyuluh jalan.
 
Bagaimana anda boleh memperbaiki masalah kewangan anda, masalah kebocoran wang anda, bagaimana anda boleh memperbaiki kehidupan anda dan keluarga dalam masa yang pantas? Apakah potensi sebenar serta kekuatan dan kelemahan diri anda? Sebenarnya semuanya berpunca daripada masalah "tenaga" dan sistem programming diri anda selama ini.
 
Belajar daripada mereka yang telah berjaya sebab mereka tahu apa yang anda tidak tahu.
 
Sekiranya anda serius untuk merungkai permasalahan kewangan anda dan hidup anda serta merubahnya dalam masa yang paling pantas, saya mengajak anda untuk bertindak segera mendapatkan mentor, ilmu dan sistem yang telah berjaya digunakan oleh ramai yag lain...
 
Saya akan berkongsi dengan anda dan berikan jawapan yang anda perlukan di dalam satu program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan - Transformasi 2011 pada 29, 30 & 31 Julai 2011 nanti di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
 
-Anda akan belajar tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kebocoran wang.
-Anda juga akan belajar tentang asas utama tingkah laku manusia iaitu diri anda sendiri serta bagaimana untuk mengenali potensi diri anda yang sebenar dengan kajian DISC dan saya akan share juga bagaimana kajian tarikh lahir dapat membantu mengenali kekuatan, kelemahan serta bakat anda, pasangan anda, keluarga dan anak-anak.
-Anda juga akan diajar bagaimana untuk merubah tenaga dan sistem programming minda anda menjadi "Money Magnet" dan saya juga akan berkongsi tentang "Rahsia Kuasa Minda Jutawan".
- Anda masih tak tahu apakah potensi kerjaya atau perniagaan anda? Saya akan kongsikan pengalaman saya membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana membina jutaan ringgit dalam masa kurang setahun berniaga.
- Saya juga akan berkongsi tentang bagaimana untuk menguruskan dan melaburkan wang anda.
 
Banyak lagi sebenarnya yang akan saya kongsikan termasuklah tentang Alpha Brain Wave Technique yang akan membantu anda untuk memprogram minda anda serta orang di sekeliling anda menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan Insya-Allah lebih berkat.
 
Ramai yang telah sahkan kehadiran mereka untuk sesi terakhir tahun 2011 ini kerana mereka tahu, tidak ada sesiapa yang dapat merubah hidup sesiapa sehinggalah mereka bertindak pantas mendapatkan mentor, ilmu dan sistem.
 
Tanya soalan penting ini kepada diri anda dan mungkin anda pernah bertanya soalan ini kepada diri anda:-
 
Adakah saya nak berikan kepada keluarga saya, ibu bapa saya, anak-anak saya kehidupan yang"biasa-biasa" macam sekarang sampai bila-bila?
Adakah anda sebenarnya ada ilmu dan mentor sekarang yang boleh menunjukkan kepada anda secara intensif bagaimana untuk anda keluar daripada kehidupan "biasa-biasa" ini?
 
Tontonlah video pendek ini tentang program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan ini sekarang dan buatlah keputusan yang anda mesti dapatkan mentor, ilmu dan sistem bagaimana untuk transformasi hidup keluarga anda.
 
Jangan risau, program ini mempunyai jaminan 100% wang dikembalikan jika anda tidak puashati dengan apa yang anda pelajari bermula pada awal sesi yang pertama lagi.
 
Jangan miss this session! Jangan anggap sambil lewa jika itu sikap kita selama ini! Jangan bertangguh atau beri alasan jika itu apa yang kita biasa buat selama ini!
 
Saya cadangkan kepada anda untuk hubungi pejabat saya 03-55191260/019/013-2442244/019-2442400 untuk bertanya lebih lanjut lagi tentang program ini!
 
Bertindaklah sekarang! Kuasa bertindak ditangan anda! Ini adalah perkara penting dalam hidup anda! Samada anda layak untuk hidup lebih kaya dan berjaya adalah sangat bergantung kepada kuasa tindakan anda sekarang!
 
Dr Azizan Osman
La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie


Kali ini saya nak berkongsi mengenai
soalan yang biasa di TANYA pada saya
mengenai Fan Pages Marketing.
 
S: Saya berminat, tapi Fan Page ini sebenarnya
nak buat apa?
 
J: Fan Page ini bertujuan untuk mendapatkan
komunikasi dan membina hubungan antara
orang ramai yang guna Facebook dengan anda.
 
Lebih baik hubungan dengan mereka lebih
mudah anda menjual produk , servis atau 
khidmat orang lain kepada fans (follower anda).
 
S: Saya tak kerja, baru aje keluar dari Universiti,
saya perlu ke Fan Page ini?
 
J: Iya, memang anda perlukan Fan Page, kerana
dengan fan page anda boleh post gambar-gambar
terbaru anda, upload profile anda sekaligus
membina portfolio yang bagus dari masa ke masa.
 
Bila ada interview, letakkan sekali alamat fan page
anda. Komfirm anda lebih hebat dari orang lain.
 
S: Saya dah ada store penjualan sendiri, butik online
sendiri, dan juga ada store di lelong dan ebay, kenapa
nak ada Fan Page pula?
 
J: Fan page ini amat-amat anda perlukan, kerana fan
page juga boleh menjadi online store, anda boleh
upload gambar produk terbaru, video terbaru atau 
buat promosi gunakan landing tab. Dan pelanggan
boleh tanya terus pada anda dengan sistem komen.
 
Setiap kali anda update fan page anda, mesej ini
akan dihantar terus ke newsfreed facebook mereka.
 
S: Facebook ini macam ye ye je, boleh tahan lama
ke? Kang saya pakai lepas itu keluar lagi social media
dan social networking baru?
 
J:  Saya tidak nafikan boleh terjadi sedemikian, tetapi
sekarang ini Facebook merupakan satu-satunya
organisasi yang menggugat google dari bilangan 
pelawat seharian. 
 
March 2010 lalu, Facebook lagi banyak dikunjungi
dari Google. Saya tak rasa Facebook ini organisasi
yang mudah jatuh macam itu sahaja.
 
S: Saya bukan orang hebat, saya biasa sahaja,
dengar fan page ini, saya bukan artis pun kenapa
nak ada fan page?
 
J: Fan page ini untuk semua, ia boleh gantikan 
profile. Letakkan fan page anda pada kad niaga
bisnes anda. Orang yang berminat dengan anda
boleh tanya soalan dengan REAL -TIME . Dan 
berikan mereka jawapan yang  bernas, ini boleh 
menaikkan kredibiliti anda!
 
P/S: Bina Portfolio Online anda sekarang 

 
 

gero azrul

Strategi Facebook

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie


STRATEGI GROUP, 
 
 
Untuk mendapatkan kuasa beli ianya berada di group, 
anda add orang yang terlibat dengan add dari pages/ group/ event 
hasil dari search facebook. Kemudian masukkan mereka dalam group. 
 
 
Buat education iaitu sentiasa memberi maklumat terbaru, 
mengajar, sharing. Kemudia gunakan teknik contohnya 
5 sharing 1 promosi dan sebagainya. 
 
 
Hasil dari casestudy, purchasing power lebih dalam group 
kerana beberapa keunikan seperti, - tertutup (rasa lebih secure) , 
anda boleh update terus, anda boleh blast message dan 
yang terbaru anda boleh masukkan comment terus popup 
tanpa perlu REFRESH!
 
 
STRATEGI FAN PAGES,
 
 
Fan pages juga terdapat kuasa beli, tetapi dari segi saikologinya, 
fungsi fan pages ialah membina  kreibiliti, dengan erti kata mudah , 
lagi banyak fans lagi tinggi kredibilit. 
 
 
Kenapa kredibiliti penting? 
 
 
Ini akan memberikan kuasa AUTHORITY yang boleh mempengaruhi
 lebih ramai orang lain untuk MENDENGAR apa yang anda sampaikan. 
 
 
Group VS Fan Page, 
 
 
Bagi saya, strategi kedua-dua  ini perlu digunakan, contohnya anda 
boleh mula dengan GROW  group dulu, atau anda boleh GROW 
komuniti dengan fan page. 
 
 
Kedua-dua ada kebaikan, FAN PAGE lebih bersifat komersial 
kerana boleh disearch dengan search engine. Malah bahagian 
application yang dinamakan discussion juga memberi pengaruh 
SEO seperti CONTENT dalam BLOG. 
 
 
Izinikan saya berkongsi satu Strategi Fan Page yang saya gunakan, 
 
 
Strategi untuk fan page ialah ENGAGEMENT, ini bermaksud 
anda berjaya CAPTURE fans anda supaya mereka 'like' atau 
mereka 'comment' fan page anda. 
 
 
KESAN 'LIKE' dan 'COMMENT' inilah yang memberikan 
kuasa VIRAL , dimana like dan comment ini akan dishare 
pada NEWSFEED orang yang 'like' dan 'comment' tadi. 
 
 
Jadi bukan sahaja berpuluh, beratus, malah beribu orang 
akan alert dengan apa yang berlaku dengan fan page anda. 
 
 
APA CARA PALING MUDAH UNTUK ENGAGE 
DENGAN FANS?
 
 
Begini,
 
 
Cara paling mudah ialah bertanya soalan, dan paling efektif 
buat masa ini ialah dengan buat 'OPEN ENDED QUESTION' . 
 
 
Contohnya, 
 
 
Saya dah buat pelbagai cara nak kuruskan badan, semua tak jadi, 
ANDA ADA IDEA TAK MACAM MANA NAK KURUS CEPAT ini?
 
 
Jadi dengan cara diatas anda telah engage fans supaya mereka menjawap. 
Apabila jawap sahaja, anda terus VIRAL!
 
 
Selepas itu ,kaitkan lagi dengan ucapan yang RESPECT dan 
APPRECIATE mereka, Cakap terima kasih, dan mula tanya 
soalan lain pula. Jangan berhenti setakat itu sahaja. 
 
 
Okay, itu sahaja setakat ini, 
 
 
 
Luv, 
Gero Azrul
fb - mohdazrulfans / geroazrulfans