Sabtu, 15 Oktober 2011

Bagaimana Seorang Peserta Saya Mampu Bina Perniagaan Yang Luar Biasa Dari Kosong Ke RM150,000 Dalam Masa 5 Bulan?


Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan - Bahagian Akhir 

Tanpa kelulusan yang tinggi atau mempelajari selok-belok perniagaan di universiti!


Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda rahsia kejayaan dalam hidup serta perniagaan dan ia akan berlaku apabila anda menggunakan prinsip M.E.S.T.I, satu prinsip atau formula kejayaan yang saya asaskan pada tahun 2001 yang telah mengubah hidup saya dan ramai yang lain.
















Prinsip M.E.S.T.I


M.E.S.T.I bermaksud M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem atau Strategi, T = Tindakan dan I = Impian. Saya telah bercakap mengenai mentor, elmu dan sistem dalam dua Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan sebelum ini dan kini saya ingin sentuh tentang Tindakan dan Impian.


Tindakan & Impian


9/10 sumber rezeki yang banyak adalah daripada perniagaan. Ia ada dinyatakan dalam salah satu hadith Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu dan baginda sendiri merupakan ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Tapi apa yang saya dapati hari ini, ramai yang nak berniaga namun mereka tidak ada mentor, ilmu, sistem serta kuasa bertindak yang tinggi.


Tindakan kita samada betul atau salah akan membuahkan hasil. Tindakan yang positif akan membuahkan hasil yang positif Insya-Allah, begitu sebaliknya. Ramai yang ingin berjaya dengan luar biasa tetapi mereka tidak mahu bertindak di luar daripada kebiasaan mereka. Mereka takut gagal, mereka takut tak menjadi, mereka takut untuk promosi, mereka takut untuk beritahu semua orang betapa bagusnya produk atau perkhidmatan mereka.


Kenapa mereka takut bertindak?
Jawapannya mudah, kerana mereka tidak ada mentor, ilmu dan sistem yang terbukti berjaya. Mereka "meraba-raba" atau "trial & error" dalam perniagaan mereka. Mereka "cuba-cuba" untuk tengok sama ada mereka ada "luck" dalam perniagaan atau tidak. Kalau tak jadi, mereka akan salahkan takdir. Pernah tak anda tengok usahawan macam tu?


Saya dah bercakap kepada lebih daripada 100,000 orang peserta dan majoriti daripada mereka adalah usahawan. Selama 3 tahun saya mengadakan program kuasai potensi diri dan perniagaan serta menunjukkan kepada ramai orang bagaimana transformasi hidup mereka menjadi luar biasa. Ini adalah antara maklumbalas yang saya dapat:
Orang mudah menyalahkan takdir atau Tuhan, sedangkan sebenarnya mereka yang "bangang" serta bertindak sedikit-sedikit tapi nak hasil banyak-banyak, apatah lagi ramai yang tidak ada mentor, ilmu dan sistem.


Kisah Kejayaan Salah Seorang Peserta Seminar Saya


Saya ingin berkongsi kisah kejayaan salah seorang peserta program saya yang telah mengikuti salah satu seminar saya pada bulan April yang lalu secara paksa oleh isterinya. Encik Asyiq merupakan bekas pekerja pam minyak dan ketika dia menyertai seminar saya. Beliau baru sahaja hilang pekerjaaan. Sebelum ini, beliau memang tak berapa gembira nak masuk mana-mana seminar, mungkin beliau merasakan seminar serta masuk kelas ini buang masa dan beliau tak percaya yang ianya bakal mengubah hidupnya selama-lamanya.


Setelah menyertai seminar saya, beliau telah mendapat mentor, ilmu dan sistem. Malah beliau telah belajar serta mengenalpasti impian serta matlamat hidupnya. Beliau telah membuat keputusan untuk membuat perniagaan ikan bakar. Sebenarnya beliau telah lama tahu bagaimana untuk buat rempah ikan bakar tetapi selama ini beliau tidak nampak yang ianya boleh dijadikan wang atau sumber duit. Beliau hanya nampak bagaimana untuk menjadikannya duit setelah menuntut ilmu dalam seminar tersebut.


Dipendekkan cerita, sejak bulan April, beliau telah gunakan strategi pemasaran yag telah beliau pelajari daripada saya. Beliau tidak ada kedai, tidak ada warung, tidak ada restoran. Beliau hanya mengambil tempahan untuk majlis-majlis orang yang memanggilnya. 
Dengan kuasa tindakan luar biasa yang beliau dapat setelah ditunjukkan bagaimana untuk mencapai impiannya, beliau telah memulakan perniagaan tersebut dan hanya dalam masa 5 bulan (ya, 5 bulan sahaja!), beliau telah mempunyai simpanan lebih daripada RM150,000 hasil daripada perniagaan ikan bakar yang baru beliau ceburi. Amacam? 


"Berapa ramai yang dah berniaga lebih daripada 5 tahun atau 10 tahun pun yang mampu menyimpan lebih daripada RM150,000 dalam masa yang singkat?"
Itulah kepentingan adanya mentor, ilmu, sistem, tindakan dan impian (M.E.S.T.I) yang beliau dapat hanya dengan menyertai program yang saya jalankan. Saya selalu berpesan kepada peserta-peserta program saya, jangan percaya cakap saya tetapi buat dan lihat hasilnya. Dan pelajarilah ilmu kekayaan dan kejayaan daripada mentor yang telah terbukti berjaya.


Jangan belajar daripada "mentol" yang mereka sendiri pun "terkulat-kulat" nak berjaya dan belum berjaya. Cari mentor yang telah terbukti bukan sahaja berjaya menggunakan formula tersebut dalam hidup mereka tapi mereka sendiri telah terbukti berjaya membina kejayaan ramai orang lain. Sudah berapa ramai "mentol" yang saya jumpa mengajar tentang pemasaran atau bagaimana nak menjadi jutawan tapi mereka sendiri tidak ada perniagaan atau belum pun berjaya lagi.


Don't waste your time my friend!
Masa berjalan pantas meninggalkan anda. Saya pasti, anda berniaga sebab anda ingin mengubah hidup anda dan keluarga anda. Tak kisahlah sama ada anda berniaga produk atau perkhidmatan termasuk takaful, insuran, unit amanah, hartanah atau apa sahaja.


Janganlah berniaga sekadar di pinggiran!
Bertindaklah secara luar biasa dengan mentor, ilmu serta sistem yang telah terbukti berjaya! Anda kerugian jika anda tidak nampak potensi sebenar diri anda atau perniagaan anda! Saya mempunyai peserta yang sanggup terbang daripada Indonesia dan Singapura serta Brunei hanya untuk hadir kelas saya. Anda pula bagaimana? Sanggup tak?