Jumaat, 6 Mei 2011

Buat Duit Dgn Ebook?

saya akan kongsikan kepada anda satu persoalan
beserta jawapannya $_$
 
Bila saya kata jawapan, sila bayangkan $$$$
hehe..jangan jadi $_$ dah lah.
 
($_$ ialah simbol mata duitan)
 
 
 
Buat Duit Dengan Tulis Ebook !!!
 
Tunggu....topik ni mungkin dah ramai
bincang, tapi percayalah, saya akan sampaikan
sesuatu yang berlainan.
 
Ramai orang tulis ebook.
Ramai orang jual ebook.
Ramai orang bagi je ebook yang dia penat-penat tulis
tu secara percuma.
 
Adakah ramai orang salah?
 
Bergantung !
 
Kenapa?
 
Kalau anda tulis ebook untuk untuk tujuan menjual,
TAHNIAH !
 
Anda seorang businessman :)
 
IKLAN : OCOPOT! terkejut saya, jam loceng saya berbunyi. (saya tulis
email ni kul 5:30 pagi)
 
 
Ok, kita sambung balik.
 
Bila orang tulis ebook, anda pun nak tulis.
Tak salah. Tapi bermasalah kalau ...
1. Anda tulis apa yang anda tidak tahu
2. Anda tidak buat kajian lanjut
3. Anda pun tak faham
4. Anda tak review dahulu ebook tu
5. Anda tak bertanyakan pendapat orang lain tentang ebook anda tu
6. dan...macam-macam lagi lah....Anda tu...Anda ni
 
 
"Chop...chopp....maksud RK, kita kena tulis benda yang kita tahu JE lah?"...
 
IKLAN : Sila layari laman web abcdedotcom untuk beli ebook XYZ yang bakal bagi
anda 1 juta ringgit dalam seminit. Terhad. 30 saat sahaja.
 
Cet~ banyak pulak iklannya ^_^
 
 
Jangan marah-marah ye bos....
 
Ok, saya jawab soalan anda tadi.
 
YE dan TAK.
 
YE. Anda kena tulis benda yang anda tahu je.
---
Reason. Biasanya, benda yang anda tahu, anda suka. Benda yang anda suka,
benda yang anda takkan rasa boring. Rasa masa sekejap je berlalu kalau buat
benda tu.
 
Katakan anda suka memasak. Anda tulis ebook berkaitan, Resepi Orang Bujang.
Sesambil tulis ebook tu, anda tersengih-sengih teringatkan first time dolu-dolu,
anda memasak. Maklumlah, minyak belum panas, dah masuk cili boh. Ingat nak
buat sambal tumis, terus jadi kuah kari...lalala.....:)
 
TIDAK. Anda boleh tulis tentang perkara yang anda tidak tahu juga.
---
Reason. Kalau anda tidak tahu, JADILAH tahu.
Bagaimana caranya?

Jadi Pakar Tanpa ??

Jadi Pakar Dalam Niche YANG
LANGSUNG Kita tak tahu
 
 
Atee....takde lah mike
nak ajar kome membohong.
Idok. Mintak simpang, jangan
ade sifat tu sikit pung.
 
 
Ok...ok, dalam siri dua ni,
saya nak kongsikan kepada anda,
bagaimana anda boleh menulis
ebook yang langsung bukan kepakaran
anda !
 
Ada 3 cara !
 
Serius...
 
 
Sebelum tu, kepada anda yang
tak tahu menahu apa yang kita bincangkan
ini, saya sarankan anda sila baca
bahagian yang pertama saya hantar
tadi.
 
Pasti membantu.
 
 
Baik....
 
3 Cara Untuk Jadi Pakar Walaupun
Tidak Pakar !
 
#1. Anda ambil 3 buah buku terbaik mengenai
niche yang anda nak ceburi tersebut, kemudian
anda buat satu rumusan dalam bahasa anda sendiri.
 
Rumusan tu, bukanlah macam karangan rumusan 
masa sekolah dulu. Cukuplah dalam
bentuk point sahaja.
 
Kemudian, susun point-point tadi, bagi teratur.
Yang mana dahulu, dahulukan, yang mana kemudian,
kemudian kan. Ikut keselesaan anda nak cerita
yang mana dahulu.
 
Seterusnya ialah, kembangkan point-point tadi,
untuk menjadi sebuah ebook.
 
 
Oh ya....bila kata ebook, janganlah anda bayangkan
ebook yang halamannya sebanyak Kamus Dewan.
 
Tak perlu pun panjang-panjang. 
 
Orang putih kata, keep it sweet and simple.
 
Tak kisah 15 muka surat pun, apa yang penting
ialah ebook tu, dapat sampaikan objektif dan
menyelesaikan masalah satu-satu orang.
 
 
Sebagai contoh;
1. Razman dapati, dekat kolej beliau belajar,
ramai kawan-kawan lelaki yang ingin memasak
sendiri tetapi balik-balik resepi yang
sama je, Megi, megi, megi. Kalau special sikit,
ada lah telur mata kerbau.
 
2. Akibatnya, sebulan selepas tempoh "nak berjimat"
tu, terpaksa dihentikan kerana tak tahan makan megi.
Tujuan asal nak berjimat, tapi, perut pulak
yang merana. 
 
3. So, Razman rasa, beliau boleh menghasilkan sebuah
ebook resepi mudah dan murah untuk orang-orang bujang
macam kawan-kawan dia tadi.
 
4. Tapi, Razman sendiri tak pandai memasak.
Apa yang Razman buat ialah, beliau pergi ke
perpustakaan kolej dan cari 3 buah buku masakan
Melayu.
 
5. Beliau cari 100 resepi yang mudah nak masak,
murah untuk sediakan bahan-bahan.
 
6. Lalu, beliaupun bukukan resepi-resepi tadi.
 
7. Untuk lebih menimbulkan kesan dramatik,
Razman try sendiri 10 resepi daripada buku tadi,
kemudian ambil gambar.
 
8. Bukan setakat gambar makanan sahaja, bahkan,
gambar beliau memasak pun ada :). Femes gitu~
 
9. Dah siap ebook kan resepi tadi, Razman, setup
satu website, ceritakan masalah yang beliau
boleh selesaikan, dan jual ebook resepi tadi
pada harga RM20
 
10. Tak sampai seminggu, Razman berjaya menjual
100 unit ebook beliau tadi. Maklumlah,
zaman sekarang, bukan lelaki je tak pandai
memasak, perempuan pun ada yang tak
pandai memasak juga....hihihi
 
 
 
Ok...itu kisah Razman.
 
 
#2. Sekarang, cara kedua pula untuk hasilkan
produk ialah.........
BELAJAR DARIPADA SI PAKAR !!!
 
 
Kalau nak jadi pakar, jumpa si pakar !
 
Caranya bagaimana?
Senang je....
 
Interview je orang pakar tadi.
 
Kalau tadi, method pertama ialah, kita
belajar daripada buku.
 
 
Method kedua ialah, kita cari siapa yang
pakar dalam niche yang kita nak ceburi, gunakan
kepakaran dia, dan hasilkan sebuah produk.
 
Simple kan.... :)
 
 
 
Ok, nak kes studi lagi?
 
Boleh..boleh.....bak singgit dulu :p.....hehe
 
 
Acah je.
 
Ok. Kita ambil kisah Razman tadi.
 
1. Selepas dua bulan jual ebook Resepi orang
bujang tadi, ada 15 orang pelanggan beliau email
tanyakan, ada tak resepi buat Char Kuey Tiow
 
2. Aduh.....udah ler si Razman ni tak pakar,
habislah dia. Nasib baik Razman ni, otak dia
geliga. Ini jawapan dia, kepada orang yang
bertanya tadi, 
"Ada, macam tahu-tahu je saya
ada resepi rahsia turun temurun untuk buat
Char Kuey Tiow. 
Insya Allah, dalam masa terdekat ini, saya
akan maklumkan pelancaran produk mengenai
Resepi Char Kuey Tiow tersebut".
 
3. Lepas balas email tu, kalutlah si Razman tu.
Bukan kalut nak pergi perpustakaan lagi, tetapi,
kali ni kalut nak pergi jumpa Mak Su Kiah
jual Char Kuey Tiow sebelah trafik light tu.
 
Alah, dekat hujung jalan tuuu....
 
Depan Bank Islam. Ha, tu lah kedai dia.
 
 
:)
 
 
4. Stratergi beliau ialah, dalam seminggu
pergi dua tiga kali kedia tadi. Tempah dulu,
untuk pastikan rasa Char Kuey Tiow orang tu,
sedap dan konsisten.
 
Ye lah, kita nak jual resepi nih.
 
5. Lepas tu, kasi puji habis mak cik tadi.
Biar senyum sampai ke telinga.
 
6. Lepas tu, pada waktu yang sesuai, masa
tak sibuk, Razman bagitahu dekat mak cik tadi, 
yang dia tengah belajar membuat Char Kuey Tiow.
 
Beritahu juga mengenai projek cari duit
tadi.
 
7. Razman nampak mak cik tu ragu-ragu nak tolong,
Razman beri jaminan yang beliau takkan jual
dekat orang sekitar tempat tu dan juga
tawaran RM500 jika sudi mengadakan demonstrasi
memasak Char Kuey Tiow dari A sampai Z.
 
8. Mak cik beri green light, dan projek pun
on.
 
 
9. Zaman dah canggih. Berkat jual ebook resepi
dua bulan lepas, dapatlah si Razman ni sambar
handy cam sencond hand.
 
10. Rakaman pun bermula.
 
11. Mana-mana yang Razman tak faham, Razman 
tanya.
 
 
12. Dalam dua hari, siaplah rakaman 
memasak Char Kuey Tiow daripada A sampai Z.
 
13. Selepas edit sedikit sebanyak video tadi,
maka siaplah "Video Panduan Masak Char Kuey 
Tiow dari A sampai Z" 
 
14. Harga video tu ialah RM57. Siap penghantaran
percuma DVD ke rumah pelanggan.
 
 
15. Lepas siap naikkan website jualan, orang
yang pertama sekali si Razman ni promot ialah,
pelanggan lama beliau.
 
16. Disebabkan mereka ni, pelanggan setia,
Razman kasi diskaun RM37 sahaja.....
 
17. Kos promosi dah cut dah dekat situ.
 
 
hehe....
 
Amacam, best tak kes studi ni?
:)
 
Nak lagi?
 
hurm.....untuk cara yang ketiga, saya
sambung dalam siri ke 3 pula nanti ye.
 
Dalam siri ketiga nanti, saya akan cover :
1. ....cara ketiga untuk jadi Pakar
dalam niche yang anda langsung tak tahu
 
2. Pricing Startergi. Startergi memberikan
harga !!
 
3. Buat duit dengan beri percuma ebook anda !
 
 

 
Stay tuned !
 
Ikhlas;
Raja Kami