Selasa, 26 April 2011

35 IDEA HEBAT


35 Lagi Idea Hebat Untuk Pemasaran Luar Biasa

35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran. 

34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada “Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!”, tukarkan kepada “Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!”

33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.
30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. “Terpaksalah” anda kongsikan tentang perniagaan anda.
28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang “low-end” tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.
26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa “stay connected” dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang “kewujudan” anda!
25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew “part-time” atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.
23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.
22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.
20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.
19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.
18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi “Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!” dan copkan di atas inbois tersebut.
17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.
16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.
15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.
13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.
11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.
10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.
9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.
8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.
7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.
4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.
2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!

15 IDEA MARKETING






15 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”


Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah. 
Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.


Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!


Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!


13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.


12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!


11) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.


10) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.


9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.


8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.


7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.


6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.


5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. 


4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?



2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. 


1) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

Ahad, 17 April 2011

cara menjimatkan masa

Hari ini di Radio24 93.9fm “Irfan on Air” saya kongsikan beberapa strategi mengurus & menjimatkan masa.

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali! :

oleh Irfankhairi.com

fikir diluar kotak

Kebolehan untuk fikir diluar kotak adalah kebolehan yang sukar untuk diajar, namun,sekiranya anda dapat menguasai kebolehan tersebut, perniagaan anda akan menjadi semakin maju.

Berfikir diluar kotak adalah untuk anda menggunakan kreativiti anda untuk menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam perniagaan anda. Fikir di luar kotak juga merujuk untuk menggunakan pendekatan yang unik.

Satu ketika dulu, syarikat 3M dalam proses mencipta sejenis gam menemui kegagalan apabila gam yang dicipta tidak dapat melekatkan kertas sepertimana yang mereka inginkan.

Dengan menggunakan pendekatan fikir diluar kotak, syarikat tersebut tidak terus membuang formula gam yang tidak menjadi itu. Mereka mencipta kertas pelekat popular yang kini dkenali sebagai “Post-it” menggunakan formula gam yang tidak menjadi itu!

Ketika saya merancang untuk menyediakan BLOG ini, saya menghadapi satu masalah- tidak mempunyai banyak masa untuk menulis blog (selalu blog dikaitkan dengan hasil tulisan panjang lebar). Dengan menggunakan konsep “Fikir di luar kotak” saya hasilkan idea “Tip Satu Minit”. Bertemakan SATU MINIT, ia memudahkan saya menulis sedikit sahaja setiap hari! :)

Kongsikan kisah “fikir di luar kotak” atau “think outside the box” yang anda ketahui untuk manfaat bersama…

oleh irfankhairi.com

berfikir diluar kotak!!

Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?

Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.

Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?

  • Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak megurangkan kos?
  • Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?

… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda.Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.

Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!

Kalau ada cerita mengenai “Thinking outside the box” , boleh kongsikan lagi supaya sama sama dapat lebih memahami maksud dan konsepnya! Klik pada comments!

oleh Irfankhairi.com

Barack Obama - cita-cita

obama.jpgMungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu :) begitu juga rakan2 Obama yang lain…

Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi“PRESIDENT”! :)

Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!


oleh irfankhairi.com

cita-cita setinggi bintang

Dalam mood yang agak menurun apabila berbincang topik negatif “Kenapa Malaysia?” semalam (saya tak berapa suka membincang topik negatif oleh kerana ia menurunkan motivasi), sedar-sedar, malam tadi muncul pula sinar harapan terutama untuk orang Malaysia! It gives everybody hope!

sheikh.jpgSering kali saya menerima inspirasi dari orang-orang yang hebat yang saya temui. Malam tadi, saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan our very own Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri…

Very nice and humble person. Seorang yang berkarisma, tak lupa juga very smart (IQ & EQ)!

Beliau kini menjalankan latihan di Moscow, tetapi balik Malaysia 3 minggu dan akan balik ke sana tidak lama lagi. Beberapa bulan lagi, kita akan menyaksikan orang tempatan kita ke angkasa- a very BIG DEAL!

Ketika bertukar fikiran, saya tanya tentang matlamatnya (soalan standard saya kepada orang berjaya). Bilakah dirinya meletakkan matlamat untuk menjadi angkawasan? Jawapannya amat di luar jangkaan saya…

Ketika berumur 10 tahun!

Now, that’s what I call goal setting! Sudah tentu, ketika 10 tahun, kita tak tahu apa-apa mengenai matlamat. Tetapi, dengan mempunyai sesuatu untuk dipegang, usaha dan cita-cita akan membawa kita mencapai apa sahaja matlamat kita.

Betapa bangganya melihat orang Malaysia mencapai cita-cita yang setinggi bintang.Belia inilah yang patut diberi pendedahan di media-media massa dan berkongsi kisah kejayaannya dalam memberi inspirasi kepada orang ramai.

Wishing Dr Sheikh all the best & kirim salam pada bulan :) Bila lagi saya boleh mengaku “I have an astronaut friend!” :)

How about that for “Kenapa Malaysia?”. Orang Malaysia kini mencapai setinggi bintang!

oleh Irfankhairi.com

menguruskan masa yg mana hendak didahulukan??

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! :)

oleh Irfankhairi.com

kerja susah vs kerja senang

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian… lakukannya juga! :)

oleh Irfankhairi.com

hargai otak kita

mindpower.jpg

Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan otak kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai.

Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat.

Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar otak kita.

Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh.

Hargai otak kita. Apa yang kita fikirkan dalam otak kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita.

Oleh IrfanKhairi.com

ubah 10% sahaja

Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatifoleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.

innovative_21.jpg

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.

Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:

  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij(contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)

Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.

Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

Pengumuman: Hanya beberapa hari sahaja lagi untuk Revolusi Perniagaan Internet pada 2hb dan 3hb April! Ingin tahu bagaimana hendak jadi inovatif dalam perniagaan Internet, sertai Revolusi Perniagaan Internet di sini.

Oleh IrfanKhairi.com

Email Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua..
Lama sungguh saya tak menulis di blog usang ini..Tapi, pada hari ini saya rasa, saya patut menulis di sini. Untuk berkongsikan bersama anda berkenaan kepentingan pemasaran emel dalam perniagaan internet.
Jom kita baca….
Menurut laman web Wikipedia, pemasaran emel merupakan satu lagi medium pemasaran di internet, bagi membenarkan peniaga untuk berkomunikasi dengan prospek dengan cara yang lebih dekat dan personal.

EMAIL MARKETNG – PEMASARAN EMEL

Ia juga boleh dijadikan sebagai senjata utama, untuk menghasilkan jualan dengan kaedah ’soft selling’, yakni cara jualan yang lebih berpengaruh, dan mudah berbanding ‘hard selling’. Anda dah cuba? Jika anda pernah mencubanya, anda akan mengetahuinya…

Keberkesanannya tidak perlu diragui lagi. Pemasaran emel menduduki tempat teratas dalam carta medium pemasaran di internet.

Memandangkan saya juga turut menjana keuntungan besar dari internet melalui pemasaran emel, saya perlu tunjukkan anda dahulu akan kepentingan pemasaran emel dalam perniagaan internet. Untuk makluman anda, dalam pelancaran ebook-ebook saya, saya menggunakan pemasaran emel untuk menjana kejayaan mendapatkan jualan yang tinggi. Dalam pemasaran affiliate, saya menggunakan emel juga untuk menjana komisen affiliate yang pantas.

Ketika saya mencari prospek untuk program training saya yang bernilai RM1500, saya turut menggunakan emel sebagai senjata pemasaran. Income besar dengan hanya menggunakan pemasaran emel bukan lagi mustahil. Sebab itu, saya hanya fokus pada pemasaran emel dalam perniagaan internet. Sebab saya tahu akan kekuatan dan keberkesanannya.

Jom lihat apa kepentingan pemasaran emel..

1# Ramai Pemilik Perniagaan Yang Berjaya Menggunakannya
Walaupun terdapat puluhan teknik pemasaran yang boleh dilakukan di internet, pemasaran emel tetap menjadi pilihan utama pemilik perniagaan di internet, khususnya di negara elit seperti Amerika Syarikat. Di Malaysia sendiri tedapat peningkatan mendadak penggunaannya.
Ini dapat dilihat menerusi kajian Datran Media’s 2010 Annual Marketing & Media Survey, dimana 39.4% eksekutif industri mendapati saluran pemasaran yang memberikan pulangan lumayan adalah menerusi pemasaran emel. Wow! Lumayan tu! Siapa tak nak kan?

Mereka memilihnya kerana keberkesanannya, murah dan jimat, dan juga sangat pantas untuk dilakukan. Sejak tahun 2003, pemasaran email menduduki carta teratas dalam medium pemasaran di internet, hinggalah kini.

2 # Pemasaran Emel Adalah Senjata Utama Perniagaan 2011
Dalam buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, yang ditulis oleh Irfan Khairi, pemasaran emel dapat memberikan kita kemudahan, untuk menghasilkan jualan berkali-kali, menerusi pelanggan dan prospek sedia ada.
Sebagai contoh, kita mempunyai 100 data emel pelanggan yang sebelum ini membeli produk kita di internet. Untuk menghasilkan jualan sekali lagi, kita hanya perlu hantarkan emel promosi kepada mereka. Begitu mudah! Semudah A-B-C. Menjual kepada pelanggan sediada adalah lebih mudah berbanding daripada menjual produk kepada pelanggan baru.

Ketika saya menghadiri seminar Dari Kosong Hingga Jutawan bagi sessi Dr Irfan khairi (jutawan internet), Dr Irfan Khairi telah membentangkan akan kepentingan menggunakan pemasaran emel dalam industri perniagaan di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara offline.

Penggunaan email marketing adalah WAJIB untuk usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke dalam dunia era baru ini. Dalam seminar tersebut juga, saya ada bertanyakan Dr Irfan Khairi berkenaan keberkesanan pemasaran emel pada tahun 2011 ini. Walaupun terdapat kebangkitan medium pemasaran lain iaitu social media yang didominasi oleh Facebook, pemasaran emel masih lagi berada di kedudukan teratas.

3 # Menjual Pada Pelanggan Lama Lebih Mudah
Pakar-pakar pemasaran internet seperti Frank Kern dan John Reese, menyatakan bahawa menjual produk baru pada pelanggan lama lebih mudah, berbanding menjual produk tersebut pada prospek baru.
Menurut Bain and Company, 67% pelanggan lama lebih senang membeli produk-produk terbaru keluaran syarikat yang sama. Ini menjelaskan betapa pentingnya menjaga hubungan yang baik, terhadap pelanggan-pelanggan kita yang lama, agar mereka terus mempercayai produk-produk terbaru keluaran syarikat di masa akan datang.
Pakar-pakar pemasaran telah membuat satu kajian, dan mendapati bahawa keuntungan sesebuah perniagaan adalah menerusi pembinaan komuniti pelanggan setia. Ini kerana pelanggan setia memainkan peranan yang besar, untuk menghasilkan keuntungan berkali-kali.
Sebagai contoh, apabila kita membeli buku dari kedai buku A, mereka akan menawarkan cenderahati seperti penanda buku dan juga pen. Menerusi cara ini, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kepuasan pelanggan, untuk terus membeli buku-buku yang terdapat di dalam kedai A.
Ini kerana, pelanggan lama sudah mempunyai pengalaman ketika berurusan untuk membeli produk kita. Jika servis jualan kita baik, maka mereka tidak akan mengalami sebarang keraguan, untuk membeli produk baru yang kita promosikan.
Jika anda menjual tudung di internet sebagai contoh, tidakkah anda lihat ini sebagai peluang yang besar? Anda mampu mengaut untung setiap kali ada tudung baru yang anda jual kepada pelanggan anda.

4 # Pemasaran Emel Mendekatkan Jurang Komunikasi Dengan Pelanggan
Untuk membina komuniti pelanggan setia, kita perlu mengenalpasti medium yang dapat mendekatkan jurang komunikasi antara peniaga dan pelanggan. Dengan menggunakan emel sebagai medium utama, ia bukan sahaja memerlukan kos yang rendah, malah ia telah dibuktikan keberkesanannya.
Ini dapat dilihat menerusi usaha saya yang menggunakan pemasaran emel untuk mempromosikan produk affiliate atau produk sendiri.
Pembeli bermula dengan menjadi prospek. Sebarang persoalan atau kesmusykilan mereka berkenaan produk dapat kita jawab dengan pantas melalui email. Dan yang paling menarik, prospek dapat kita didik berkenaan produk kita melalui pemberian tips-tips percuma melalui newsletter yang kita sediakan di lawan web kita. Walaupun prospek masih belum membeli, hati mereka sudah kita tawan. Dan apabila kita menjual kelak, ianya sangat membantu..
Sekarang, komunikasi melalui emel dapat dilakukan dengan sangat mudah dan pantas. Perkembangan teknologi internet dan juga teknologi telefon bimbit merapatkan lagi jurang komunikasi antara kita dan pelanggan. Blackberry, i Phone dan bermacam-macam lagi menyediakan fungsi membuka dan membaca emel dengan mudah untuk penggunannya. Emel boleh diakses bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sangat mudah!

5 # Bina Hubungan dan Pelanggan Akan Mula Mempercayai Produk Yang Dipromosikan
Kewujudan pemasaran emel dalam dunia pemasaran internet bukanlah digunakan untuk tujuan menjual semata-mata. Menurut Pat Flynn, pemilik SmartPassiveIncome.com, beliau menyatakan penggunaan autoresponder, yakni servis pemasaran emel dapat membantu kita membina hubungan yang baik terhadap prospek.

Berdasarkan pengalaman beliau yang dikongsikan dalam blog, pemasaran emel telah membantu beliau untuk membina pelanggan yang setia, dimana mereka tidak berasa ragu-ragu untuk membeli produk yang dipromosikan beliau, meskipun produk tersebut berharga lebih RM500.
Pat Flynn juga turut berkongsi strategi yang beliau gunakan, untuk menjana pendapatan 5 angka setiap bulan secara konsisten, dengan hanya menggunakan pemasaran emel. Perkongsian beliau boleh dibaca menerusi entri “4 Types of AutoResponder Series and The One You Should Absolutely Avoid
Jadi, penggunaan pemasaran emel jelas penting, apabila kita ingin membina perniagaan di internet. Ia tidak terhad kepada produk digital sahaja, kerana pemasaran emel juga boleh diaplikasikan menerusi produk fizikal dan juga servis. Yang penting, anda ada produk untuk dijual di internet.

Adakah Kita Sudah Menggunakan Pemasaran Emel?

Meskipun pemasaran emel telah membuktikan dapat meningkatkan jualan tanpa memerlukan kos yang tinggi, namun masih terdapat segelintir syarikat dan individu yang masih tidak jelas dengan potensi pemasaran ini. Mungkin kesedaran akan kepentingan pemasaran emel ini masih kurang jelas buat mereka. Ataupun mereka fikir cara pemasaran sedia ada yang mereka gunakan sudah cukup berkesan?
Untuk memulakan pemasaran emel hari ini, boleh layari laman web penyedia servis pemasaran emel seperti Aweber, GetResponse dan ConstantContact untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kos yang dianggarkan bagi memulakan aktiviti pemasaran emel adalah sekitar RM50 hingga RM100. Ia bergantung pada jumlah data emel yang disimpan oleh pihak penyedia servis. Semakin tinggi subscriber (orang yang daftarkan nama mereka dan emel mereka pada anda untuk offer anda), semakin tinggi kos yang dikenakan. Jika anda memiliki 10,000 senarai emel subscribers anda, bayaran bulanan yang anda perlu bayar dalam lingkungan RM60 – RM150.
Seperti saya, saya menggunakan 2 autoresponder dalam perniagaan internet yang saya jalankan. Saya gunakanGETRESPONSE dan NORABOTS. Saya telah menggunakannya lebih 2 tahun, dan saya telah menjana hasil lumayan dengan pengunaannya. Saya sangat syorkan anda untuk menggunakan sistem autoresponder antara yang terbaik di dunia yang turut dipakai oleh usahawan-usahawan di internet

Kesimpulannya, penggunaan pemasaran emel adalah PERLU diketahui oleh semua usahawan-usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Prospek dan juga pelanggan mereka juga akan semakin bertambah dan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan, pemasaran, promosi, emel memang patut digunakan. Tiada sebab lagi untuk katakan tidak pada pemasaran emel. Jangan biarkan pesaing anda jauh meninggalkan anda dalam perniagaan. Ambil peluang untuk memajukan lagi perniagaan anda.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Isnyallah pada masa akan datang saya akan kongsikan lebih informasi berkenaan pemasaran emel buat anda.

Anda memiliki persoalan berkenaan bagaimana untuk mengumpul senarai email prospek dan pelanggan anda? Artikel terdahulu mampu membantu anda.

Artikel ini milik Bro Jamal Bahari aka Pakar Ebook

Review teknikclickbank.com

Isi kandungan ebook 94 muka surat ini: ini post sebenar dari zyan dalam wangcyber, dan sila baca komen saya dibahagian tertentu setiap bab yer. Sila fahamkan betul-betul sebelum awak buat keputusan untuk membeli produk ini yer (saya berusaha untuk berikan review terbaik dalam mempomosikan ebook ini-kerana saya mahu memastikan bahawa produk teknik clickbank ini bukan yang biasa-biasa saja) ;)

BAB 1 – PEMILIHAN PRODUK CLICKBANK

Review saya:

  • Didalam penyampaian pemilihan produk, zyan menyatakan tentang pemilihan produk berdasarkan apa yang dia percaya, malahan saya juga setuju jika kriteria pemilihan itu digunakan sepenuhnya oleh orang yang masih baru berjinak-jinak dengan clickbank. masih belum menyeluruh, namun introduction yang diberikan mengenai pengenalan, terma di dalam clickbank tu juga sudah mencukupi bagi mereka yang belum tahu apa-apa mengenai pendapatan online dengan clickbank. Hal ini akan dapat diatasi bila awak sudah terbiasa dengan clickbank (satu hari awak akan bertanya diri sendiri mengenai terma-terma yang sedia ada-curiosity ini yang akan menyebabkan awak akan cari info tentangnya satu hari nanti ;) )
  • Zyan berjaya memberikan langkah demi langkah bagaimana mahu memilih produk di clickbank, siap dengan screenshot lagi!Malahan beliau juga memberikan sedikit tips topik mana yang awak perlu elak dari promosikan. Tugasan pertama yang perlu ada pun zyan dah beritahu ;)
  • beliau tidak menunjukkan bagaimana mahu melakukan kajian yang lebih terperinci lagi bagi membantu pemilihan produk di clickbank (bantuan dari site lain yang beliau ada nyatakan dalam ebook ini).
  • masih ada kekurangan dalam kriteria yang perlu ada dalam pemilihan produk-terdapat beberapa lagi cara untuk membantu awak dalam menganalisa produk mana yang akan berikan conversion- saya akan bongkarkan di dalam bonus ;)

BAB 2 – MENCARI & MENDAPATKAN KATA KUNCI (KEYWORD) YANG TEPAT

Review saya:

  • pembongkaran satu teknik yang memang sangat berguna. Cukup mantap!tak dapat nak komen banyak sebab memang ini yang orang yang sudah biasa bermain dengan keyword akan amalkan ;)

BAB 3 – MEMBINA LANDING PAGE MENGGUNAKAN BLOG

Review saya:

  • contoh site yang bagus dan juga langkah-langkah yang menepati kriteria yang dapat meningkatkan posisi (ranking) site awak. Saya perlu mengaku pada bab ni, saya memang tak pandai buat blog jenis blogspot yang bagus tetapi dengan adanya panduan ini, saya dapat juga nak gunakan ;) (mungkin tak guna sebab saya lebih suka gunakan blog berbayar-site blogspot hanya digunakan sebagai dummy ;) )
  • point after point yang sangat bagus dalam proses membuat artikel. Walaupun awak tak tahu menulis, zyan berjaya sampaikan apa yang sepatutnya awak tulis!Kalau awak tak tahu menulis dalam bahasa inggeris pun, beliau nyatakan dalam ebook ni!nice kan ;)

  • Zyan tak nyatakan dengan lebih jelas, bila sepatutnya awak ‘post’ artikel awak kerana dalam sistem google, google akan dapat mengesan sesuatu. takkan awak nak post semua artikel sekaligus?saya percaya, berdasarkan pengalaman saya sendiri, jika awak melakukan hal demikian, awak akan mendapat penalti percuma dari google ;)
  • jika awak mahukan site affiliate awak mendapat ranking yang baik di mata google, terdapat beberapa faktor lagi yang perlu awak lakukan. Saya akan bongkarkan di dalam bonus ;)

BAB 4 – TEKNIK PROMOSI , PROMOSI , PROMOSI

Review saya:

  • Teknik yang tidak dapat dinafikan keberkesanannya. Saya percaya, jika awak lakukan dengan betul, mengikut apa yang telah dikongsikan, awak akan mendapat tarik ‘traffik percuma’ tanpa sesen pun awak keluarkan modal!Saya berani jamin melainkan awak mahu menggunakan beberapa teknik berbayar untuk menarik traffik ke laman yang awak dah buat tu, lain cerita ;)

BAB 5 – ACTION PLAN (PENTING UNTUK ANDA)

Review saya:

  • Pelan tindakan yang betul-betul akan dapat membantu awak dapatkan free traffic!awak perlu mengikut setiap langkah tindakan yang diberikan untuk mendapatkan keputusan yang baik-kalau masa kita test pun, mesti la kena study kan! :)
  • ini baru autopilot punya pelan tindakan namanya!hehe

Rumusan mengenai ebook teknik clickbank:

  • Produk ebook ini akan dapat membantu awak mendapatkan pendapatan online yang pertama awak!saya yakin sebab segala teknik yang diceritakan didalam ebook ini, memang yang biasa dilakukan oleh mana-mana marketer. Ianya takkan dapat berikan awak income hingga ribuan ringgit sebulan, dalam masa yang singkat, tetapi, dengan adanya panduan seperti ini, saya yakin, awak akan dapat mula rasa mendapat income yang lumayan jika awak lakukan setiap tugasan berulang kali!
  • percaya atau tidak, dengan harga serendah RM47 ini, awak akan puas hati! kenapa? *kebiasaannya, si ‘pakar-pakar’ tak menunjukkan step2 sebegini!saya cukup yakin dengan apa yang saya nyatakan kerana saya tahu bagaimana permainan si ‘pakar-pakar’ dalam malaysia ni, dan sepatutnya produk ni bleh jalan seiring dengan produk ‘pakar-pakar’ dalam malaysia.

Dengan produk ni juga, awak tak memerlukan pun apa yang pakar-pakar beritahu awak sebelum ni seperti:

  • mempunyai LIST! bermakna anda tak perlu keluarkan modal sesen pun melainkan mendapatkan domain-berharga sekitar RM30 (setahun), dan hosting bulanan!Kalau nak bajet, di dalam ebook ini juga ceritakan macam mana guna cara percuma nak dapatkan blog!

Review ini milik Aurora Ice...utk teknikclickbank.com utk bro Zyan