Jumaat, 25 Mac 2011

Produk Sampah

Saya baru saja selesai membaca salah satu hasil penulisan Jutawan Internet Malaysia iaitu Patric Chan di blog beliau mengenai trend terkini di pasaran antarabangsa yang mana semakin ramai usahawan internet yang mempromosikan produk-produk yang cuba mengabur mata para pengunjung dengan mendakwa bahawa produk atau perisian mereka itu boleh membantu pembeli menjana wang atau trafik dengan pantas.

Sebenarnya, saya tidak hairan berlakunya perkara tersebut kerana semenjak akhir-akhir ini, saya sendiri sering mendapat pelbagai promosi daripada pasaran antarabangsa mengenai produk-produk yang mendakwa boleh membantu kita menghasilkan wang dengan pantas.
Malah ada pemilik produk yang berani mendakwa bahawa kita hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk terus menjana wang melalui internet!

Wah! Kalau macam itulah caranya untuk menjana wang melalui internet, saya rasa pasti ada ribuan orang yang sudah menjadi jutawan, atau sekurang kurangnya ribu-wan.

Malangnya keadaan seperti ini sudah pasti tidak akan terjadi. Cuma pemilik produk yang melancarkan produk tersebut saja yang akan menjadi jutawan hasil daripada teknik pemasaran “tersembunyi” yang mereka lakukan.

Mereka cuba menyembunyikan fungsi sebenar perisian yang mereka hasilkan dan cuba untuk mengaburkan mata pengunjung dengan memberikan pelbagai “screenshot” yang menunjukkan mereka telah berjaya menghasilkan wang yang banyak atau mendapat trafik yang banyak dengan hanya menggunakan perisian hebat mereka.

Boleh jadi, perisian tersebut langsung tidak boleh melakukan perkara tersebut tetapi ianya sekadar satu perisian biasa yang sebenarnya sama seperti perisian yang telah dihasilkan oleh orang lain. Cuma disebabkan “bungkusan” produk tersebut saja yang hebat, maka kita akan tertarik untuk mendapatkan produk tersebut.

Cara pemasaran yang digunakan oleh usahawan-usahawan ini tidak beretika dan cuma akan menghancurkan kredibiliti mereka dalam jangkamasa panjang. Kita mungkin boleh menjana wang untuk sekali itu saja daripada pembeli kita tetapi kita akan kehilangan pembeli setia kita untuk jangkamasa panjang kerana pembeli tersebut sudah tidak mempercayai kita lagi.

Cara pemasaran kita perlulah beretika dan berterus terang. Jika produk kita boleh melakukan “A” maka ianya perlu dijelaskan sebagai boleh melakukan “A”. Tidak perlu terlalu berbunga-bunga di dalam menjelaskan fungsi lain yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan fungsi sebenar produk atau perisian tersebut.

Saya sebenarnya tidak mahu keadaan yang berlaku di luar negara, berlaku di dalam arena perniagaan internet di Malaysia. Kita sebenarnya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengetengahkan perniagaan internet sebagai salah satu sumber kewangan dan pendapatan untuk rakyat Malaysia. Jika terdapat usahawan Malaysia yang turut menyertai cara promosi tidak beretika ini, maka ianya akan memberikan gambaran yang buruk kepada usahawan internet lain yang turut menyumbang di dalam perkembangan internet di Malaysia.

Jika anda merupakan seorang penjual produk, pastikan yang anda bertanya kepada diri anda sendiri persoalan-persoalan berikut sebelum menjual atau mempromosikan sesuatu produk:

Adakah surat jualan saya memberikan maklumat yang jelas tentang produk saya?

Adakah boleh terjadi salah faham oleh pengunjung tentang fungsi sebenar produk saya?

Adakah surat jualan saya terlalu berbunga-bunga sehingga pembaca boleh terpesong pemahaman mereka tentang produk saya?

Adakah saya dengan ikhlas dan jujur telah berkongsi maklumat yang sewajarnya mengenai produk saya?

Tanya diri anda soalan-soalan tersebut sebelum anda mula memasarkan apa-apa produk baru anda. Jika anda boleh berbuat demikian, maka saya yakin anda akan lebih senang dan tenang di dalam mempromosikan produk anda nanti dan seterusnya boleh mengurangkan kadar refund untuk penjualannya.

Seorang usahawan internet yang hebat adalah seorang usahawan internet yang jujur dan mahu membantu orang lain untuk berjaya. Bukannya hanya mengejar wang Ringgit sahaja.

Saya tahu andalah usahawan hebat itu.

Salam hormat & salam kejayaan!

Rahsia Jutawan Internet Terbongkar!


Dikarang oleh Eruwan Gerry pada March 25, 2011
Beberapa bulan yang lepas, saya telah dijemput oleh sahabat Usahawan Internet saya Zamri Nanyan untuk menyertai satu group usahawan internet di Facebook yang terdiri daripada beberapa orang “otai” internet Malaysia seperti Jamaluddin Bahari, Razif Yusof, Mawardee, Ammar Zahar dan Noorizam Shah.

Salah seorang “otai” internet yang juga seorang jutawan internet yang terkenal di Malaysia yang juga termasuk di dalam group tersebut adalah Irfan Khairi.

Terus terang saya katakan bahawa saya sendiri belum lagi berpeluang untuk berkenalan dengan beliau secara peribadi. Oleh itu, peluang besar untuk bersama-sama dengan beliau di dalam group elite ini amat saya hargai. Terima kasih kepada bro Zamri Nanyan kerana menjemput saya untuk menyertai group tersebut.
Di dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu rahsia penting yang saya rasa tidak ramai orang tahu mengenai Jutawan Internet hebat – Irfan Khairi. Saya telah berjaya mempelajari rahsia ini dengan melihat perwatakan dan komunikasi beliau dengan usahawan-usawahan internet yang berada di dalam group ini.

Rahsia yang saya maksudkan ini adalah beliau merupakan seorang yang tidak suka sikap “procrastinate” atau berlengah-lengah untuk mengaplikasikan apa-apa ilmu baru yang telah beliau pelajari. Sebaik sahaja beliau mempelajari apa-apa ilmu baru yang boleh membantu meningkatkan kejayaan diri dan perniagaan beliau, sudah pasti beliau akan mengaplikasikannya dengan secepat mungkin.

Sifat atau sikap ini tidak dimiliki oleh sebilangan besar daripada kita. Saya sendiri mengaku yang ia merupakan salah satu daripada kelemahan diri saya sendiri iaitu suka “procrastinate” dalam melakukan apa-apa projek terkini saya.

Saya merasakan sikap inilah yang membezakan diri beliau daripada sebilangan besar rakyat Malaysia yang lain. Oleh kerana sikap inilah juga yang telah membolehkan beliau mencapai tahap “jutawan” dalam masa yang sebegitu singkap dan dalam umur yang sebegitu muda sebelum ini.

Salah satu contoh sikap beliau yang suka mengaplikasikan ilmu baru adalah apabila beliau belum pernah lagi melakukan teleseminar secara online, telah meminta pandangan dan maklumat untuk menganjurkan teleseminar beliau sendiri secara online daripada rakan-rakan usahawan internet lain yang berada di dalam group elite kami ini. Sebaik sahaja mendapat pandangan dan maklumat daripada sahabat lain, dalam masa lebih kurang 10 hari selepas itu, beliau terus menganjurkan teleseminar online beliau yang pertama walaupun belum pernah lagi melakukannya sebelum ini.

Apa yang lebih menarik, teleseminar online beliau yang pertama ini telah menarik minat yang besar sehingga dihadiri oleh melebihi 1,000 orang. Ia juga telah menjadi pendorong kepada beliau untuk melakukan lebih banyak teleseminar lain selepas itu untuk memajukan perniagaan beliau.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip yang boleh membantu anda untuk mengikiskan sikap suka berlengah-lengah di dalam diri anda:

1. Tetapkan masa untuk bermula sebaik sahaja mempelajari sesuatu ilmu baru. Sebaik-baiknya dalam masa 1 sehingga 2 minggu selepas kita mempelajarinya.

2. Tulis di atas kertas tarikh dan masa kita ingin melakukannya dan letakkannya di satu tempat yang mudah untuk kita lihat.

3. Apabila tiba tarikh dan masa yang telah kita tetapkan, terus lakukannya dan jangan berikan sebarang alasan kepada diri anda untuk tidak memulakannya pada masa tersebut.

4. Setelah mengaplikasikan ilmu yang telah anda pelajari, lakukan muhasabah diri dan lihat sejauh mana keberkesanan usaha yang telah anda lakukan.

5. Rancang strategi untuk memperbaiki usaha anda dan tetapkan semula tarikh dan masa untuk meningkatkan usaha anda itu.

6. Ulang semula tip-tip di atas daripada awal untuk lebih meningkatkan kejayaan usaha anda secara berperingkat-peringkat.

Saya yakin jika anda mampu untuk melakukan tip-tip seperti yang telah saya cadangkan di atas, sudah pasti anda akan dapat membuang sikap suka melengah-lengah secara beransur-ansur.

Pendek kata, jika kita mahu menjadi seseorang yang berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi, lebih-lebih lagi mengenai perniagaan internet, kita perlu terus mengaplikasikan apa jua ilmu baik yang telah kita pelajari. Berkat usaha dan kesabaran kita di dalam melakukannya, kita juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti Jutawan Internet – Irfan Khairi.

Jumaat, 11 Mac 2011

PoWeRXXX

perkara utama yang saya sering lakukan untuk memastikan
pendapatan melalui Affiliate maintain 4 angka setiap bulan ialah...


1) Buat persediaan awal sebelum "BERTARUNG"

Ini adalah perkara WAJIB yang saya akan lakukan sebelum 'terjun'
dalam mana-mana promosi produk affiliate, especially produk-produk
HOT daripada orang-orang HOT


Persediaan ini merangkumi persediaan dari segi mental dan fizikal..


Dari segi mental:

Sebelum 'pertarungan' lagi, saya sudah tetapkan target jualan untuk
mana-mana produk yang ingin dipromosikan. Saya sentiasa nasihatkan
diri untuk sentiasa STAY TUNE aka FOKUS untuk capai target tersebut.

FOKUS adalah suatu yang sangat penting untuk dititik beratkan semasa
melakukan pemasaran. Tanpa FOKUS, agak sukar untuk mencapai target
yang telah ditetapkan..


Dari segi Fizikal

Sebelum melakukan promosi mana-mana produk affiliate, saya akan
kaji sejauh mana kemampuan saya untuk hasilkan jualan terhadap
produk affiliate tersebut.


Ia merangkumi kekuatan produk itu sendiri, kredibiliti pemilik produk,
design ecover + minisite dan lain-lain lagi..


Ini penting bagi memastikan conversion rate jualan produk sentiasa
tinggi; sesuai dengan masa, tenaga, idea yang bakal saya curahkan
kepada produk tersebut...




2) BUZZ Marketing

Selain melakukan persediaan rapi terhadap pelancaran produk affiliate,
saya akan pastikan yang saya akan lakukan BUZZ marketing untuk
mana-mana produk affiliate yang bakal dilancarkan..


Buzz marketing merangkumi di facebook, emel, forum dan Blog...


Facebook

Saya akan update status-status yang menjurus kepada produk affiliate
yang bakal dilancarkan, atau pun saya akan mewar-warkan bonus-bonus
khas yang bakal ditawarkan..


Emel


At least, seminggu sebelum pelancaran produk, saya akan mula feed
subcriber dengan info yang berkaitan dengan produk affiliate yang bakal
dilancarkan, ataupun bonus-bonus yang bakal diberikan...


Forum


Akan mula aktif di forum, untuk pastikan forumner lain sedar akan kehadiran
kita di forum.. Selain itu, sentiasa kongsikan tips dan panduan yang berguna
buat ahli forum yang lain. Ini penting untuk membina kredibiliti dalam komuniti.


Blog

Blog adalah salah satu medium yang penting untuk membina kredbiliti sebagai
seorang Affiliate Marketer yang berjaya. Sentiasa update blog dengan artikel
yang berguna akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pembaca akan
kebolehkan kita...