Sabtu, 29 Oktober 2011

high performance trainer & speaker

Sebagai high performance trainer & speaker,

terdapat beberapa perkara penting yang harus kita tekankan dalam segi penyampaian.

Selalu dalam buku dan perbagai sumber lain, selalu anda diajar untuk maintain connection 



with audience ialah menggunakan eye contact. Iya itu betul, tetapi tidak cukup sekadar itu.

Kali ini kita akan masuk ke 'dalam' lagi.

Ketika saya berlatih di Phuket selama hampir 6 hari, dan setiap hari saya dilatih hampir 16 



jam sehari secara personal dan grouping oleh salah sorang trainer (larry gillman).

dalam satu sesi itu saya telah mempelajari satu perkara secara tidak langsung, iaitu

Terdapat satu lagi perkara penting selain Eye Contact dalam connecting with people ialah BREATHING. (Bernafas).

Kenapa Bernafas?

1) Bernafas merupakan punca tenaga dan membolehkan badan kita
bergerak dan hidup
2) Bernafas mempunyai kuasa luar biasa dalam mempengaruhi (influence)
audience.

Contoh ringkas

Perhatikan dan ingatkan kembali,

"Pernah tidak anda perasan, ada speaker yang bercakap laju dan bernafas pendek pendek? 



Apa secara tidak sedar anda terfikir? (penaakulan)."

"Perasan tidak ada speaker yang bercakap kuat / lantang , tetapi nampak mereka nie macam 



tidak 'genuine' lebih kepada macam ketua Askar?"

"Ada tak anda pergi seminar, yang bercakap itu lembut sahaja, tetapi anda kusyuk, percaya, dan tidak mengantuk pun walau bercakap berjam-jam?"

Kunci yang ramai tidak sedar ialah, PERNAFASAN.

Iya, dengan bernafas dengan betul (kena belajarlah), anda akan dapat lebih banyak tenaga mempengaruhi.

Antara kaedah bernafas dengan betul;

1) Dengan tarik nafas, biasanya ada segelintir (sebenarnya ramai) orang masih tidak tahu asas bernafas. Buktinya?? Buktinya begini, cuba anda tarik nafas, apa berlaku pada perut anda naik atau turun?

Dalam pengalaman saya menjalankan seminar dan training, apabila saya bertanya soalan 



kepada peserta. " cuba anda tarik nafas" , " apa berlaku bila tarik nafas, apa jadi pada perut 


anda?"

Ada menjawap - " Perut kempis" (majoriti biasanya). dan ada menjawap " Perut membesar" .

Apabila di cuba lagi sekali, dan ternyata ramai mengatakan Perut Kempis, betullah kan?

SALAH! Ini kerana, cuba lihat bagaimana natural berlaku pada belon, apabila masuk angin, belum tersebut kempis atau mengembang?

Secara natural lagi, cuba kita lihat pada bayi kecil , kanak-kanak kecil, perhatikan, apabila 



mereka bernafas, tarik nafas sahaja perut mereka akan mengembang.

Dan perhatikan pasangan kita tidur atau orang sama baya atau lebih tua tidur, sudah pasti 



apabila tarik nafas perut membesar.

Kembali pada topik pengucapan awam;

Dalam pengucapan awam, semasa berucap, amat-amat-amat-amat-amat-amat penting tarik 



nafas secukupnya, tarik dari bawah perut dan hembus perlahan lahan.




Tidak perlu rush (terburu-buru) dalam menyampaikan pengucapan awam. Calm & Steady.

Akhir kata - " You connect to people with BREATHING and connect EYE to EYE" .

~ Good luck! by geroazrul