Ahad, 17 April 2011

fikir diluar kotak

Kebolehan untuk fikir diluar kotak adalah kebolehan yang sukar untuk diajar, namun,sekiranya anda dapat menguasai kebolehan tersebut, perniagaan anda akan menjadi semakin maju.

Berfikir diluar kotak adalah untuk anda menggunakan kreativiti anda untuk menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam perniagaan anda. Fikir di luar kotak juga merujuk untuk menggunakan pendekatan yang unik.

Satu ketika dulu, syarikat 3M dalam proses mencipta sejenis gam menemui kegagalan apabila gam yang dicipta tidak dapat melekatkan kertas sepertimana yang mereka inginkan.

Dengan menggunakan pendekatan fikir diluar kotak, syarikat tersebut tidak terus membuang formula gam yang tidak menjadi itu. Mereka mencipta kertas pelekat popular yang kini dkenali sebagai “Post-it” menggunakan formula gam yang tidak menjadi itu!

Ketika saya merancang untuk menyediakan BLOG ini, saya menghadapi satu masalah- tidak mempunyai banyak masa untuk menulis blog (selalu blog dikaitkan dengan hasil tulisan panjang lebar). Dengan menggunakan konsep “Fikir di luar kotak” saya hasilkan idea “Tip Satu Minit”. Bertemakan SATU MINIT, ia memudahkan saya menulis sedikit sahaja setiap hari! :)

Kongsikan kisah “fikir di luar kotak” atau “think outside the box” yang anda ketahui untuk manfaat bersama…

oleh irfankhairi.com