Ahad, 17 April 2011

Email Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua..
Lama sungguh saya tak menulis di blog usang ini..Tapi, pada hari ini saya rasa, saya patut menulis di sini. Untuk berkongsikan bersama anda berkenaan kepentingan pemasaran emel dalam perniagaan internet.
Jom kita baca….
Menurut laman web Wikipedia, pemasaran emel merupakan satu lagi medium pemasaran di internet, bagi membenarkan peniaga untuk berkomunikasi dengan prospek dengan cara yang lebih dekat dan personal.

EMAIL MARKETNG – PEMASARAN EMEL

Ia juga boleh dijadikan sebagai senjata utama, untuk menghasilkan jualan dengan kaedah ’soft selling’, yakni cara jualan yang lebih berpengaruh, dan mudah berbanding ‘hard selling’. Anda dah cuba? Jika anda pernah mencubanya, anda akan mengetahuinya…

Keberkesanannya tidak perlu diragui lagi. Pemasaran emel menduduki tempat teratas dalam carta medium pemasaran di internet.

Memandangkan saya juga turut menjana keuntungan besar dari internet melalui pemasaran emel, saya perlu tunjukkan anda dahulu akan kepentingan pemasaran emel dalam perniagaan internet. Untuk makluman anda, dalam pelancaran ebook-ebook saya, saya menggunakan pemasaran emel untuk menjana kejayaan mendapatkan jualan yang tinggi. Dalam pemasaran affiliate, saya menggunakan emel juga untuk menjana komisen affiliate yang pantas.

Ketika saya mencari prospek untuk program training saya yang bernilai RM1500, saya turut menggunakan emel sebagai senjata pemasaran. Income besar dengan hanya menggunakan pemasaran emel bukan lagi mustahil. Sebab itu, saya hanya fokus pada pemasaran emel dalam perniagaan internet. Sebab saya tahu akan kekuatan dan keberkesanannya.

Jom lihat apa kepentingan pemasaran emel..

1# Ramai Pemilik Perniagaan Yang Berjaya Menggunakannya
Walaupun terdapat puluhan teknik pemasaran yang boleh dilakukan di internet, pemasaran emel tetap menjadi pilihan utama pemilik perniagaan di internet, khususnya di negara elit seperti Amerika Syarikat. Di Malaysia sendiri tedapat peningkatan mendadak penggunaannya.
Ini dapat dilihat menerusi kajian Datran Media’s 2010 Annual Marketing & Media Survey, dimana 39.4% eksekutif industri mendapati saluran pemasaran yang memberikan pulangan lumayan adalah menerusi pemasaran emel. Wow! Lumayan tu! Siapa tak nak kan?

Mereka memilihnya kerana keberkesanannya, murah dan jimat, dan juga sangat pantas untuk dilakukan. Sejak tahun 2003, pemasaran email menduduki carta teratas dalam medium pemasaran di internet, hinggalah kini.

2 # Pemasaran Emel Adalah Senjata Utama Perniagaan 2011
Dalam buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, yang ditulis oleh Irfan Khairi, pemasaran emel dapat memberikan kita kemudahan, untuk menghasilkan jualan berkali-kali, menerusi pelanggan dan prospek sedia ada.
Sebagai contoh, kita mempunyai 100 data emel pelanggan yang sebelum ini membeli produk kita di internet. Untuk menghasilkan jualan sekali lagi, kita hanya perlu hantarkan emel promosi kepada mereka. Begitu mudah! Semudah A-B-C. Menjual kepada pelanggan sediada adalah lebih mudah berbanding daripada menjual produk kepada pelanggan baru.

Ketika saya menghadiri seminar Dari Kosong Hingga Jutawan bagi sessi Dr Irfan khairi (jutawan internet), Dr Irfan Khairi telah membentangkan akan kepentingan menggunakan pemasaran emel dalam industri perniagaan di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara offline.

Penggunaan email marketing adalah WAJIB untuk usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke dalam dunia era baru ini. Dalam seminar tersebut juga, saya ada bertanyakan Dr Irfan Khairi berkenaan keberkesanan pemasaran emel pada tahun 2011 ini. Walaupun terdapat kebangkitan medium pemasaran lain iaitu social media yang didominasi oleh Facebook, pemasaran emel masih lagi berada di kedudukan teratas.

3 # Menjual Pada Pelanggan Lama Lebih Mudah
Pakar-pakar pemasaran internet seperti Frank Kern dan John Reese, menyatakan bahawa menjual produk baru pada pelanggan lama lebih mudah, berbanding menjual produk tersebut pada prospek baru.
Menurut Bain and Company, 67% pelanggan lama lebih senang membeli produk-produk terbaru keluaran syarikat yang sama. Ini menjelaskan betapa pentingnya menjaga hubungan yang baik, terhadap pelanggan-pelanggan kita yang lama, agar mereka terus mempercayai produk-produk terbaru keluaran syarikat di masa akan datang.
Pakar-pakar pemasaran telah membuat satu kajian, dan mendapati bahawa keuntungan sesebuah perniagaan adalah menerusi pembinaan komuniti pelanggan setia. Ini kerana pelanggan setia memainkan peranan yang besar, untuk menghasilkan keuntungan berkali-kali.
Sebagai contoh, apabila kita membeli buku dari kedai buku A, mereka akan menawarkan cenderahati seperti penanda buku dan juga pen. Menerusi cara ini, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kepuasan pelanggan, untuk terus membeli buku-buku yang terdapat di dalam kedai A.
Ini kerana, pelanggan lama sudah mempunyai pengalaman ketika berurusan untuk membeli produk kita. Jika servis jualan kita baik, maka mereka tidak akan mengalami sebarang keraguan, untuk membeli produk baru yang kita promosikan.
Jika anda menjual tudung di internet sebagai contoh, tidakkah anda lihat ini sebagai peluang yang besar? Anda mampu mengaut untung setiap kali ada tudung baru yang anda jual kepada pelanggan anda.

4 # Pemasaran Emel Mendekatkan Jurang Komunikasi Dengan Pelanggan
Untuk membina komuniti pelanggan setia, kita perlu mengenalpasti medium yang dapat mendekatkan jurang komunikasi antara peniaga dan pelanggan. Dengan menggunakan emel sebagai medium utama, ia bukan sahaja memerlukan kos yang rendah, malah ia telah dibuktikan keberkesanannya.
Ini dapat dilihat menerusi usaha saya yang menggunakan pemasaran emel untuk mempromosikan produk affiliate atau produk sendiri.
Pembeli bermula dengan menjadi prospek. Sebarang persoalan atau kesmusykilan mereka berkenaan produk dapat kita jawab dengan pantas melalui email. Dan yang paling menarik, prospek dapat kita didik berkenaan produk kita melalui pemberian tips-tips percuma melalui newsletter yang kita sediakan di lawan web kita. Walaupun prospek masih belum membeli, hati mereka sudah kita tawan. Dan apabila kita menjual kelak, ianya sangat membantu..
Sekarang, komunikasi melalui emel dapat dilakukan dengan sangat mudah dan pantas. Perkembangan teknologi internet dan juga teknologi telefon bimbit merapatkan lagi jurang komunikasi antara kita dan pelanggan. Blackberry, i Phone dan bermacam-macam lagi menyediakan fungsi membuka dan membaca emel dengan mudah untuk penggunannya. Emel boleh diakses bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sangat mudah!

5 # Bina Hubungan dan Pelanggan Akan Mula Mempercayai Produk Yang Dipromosikan
Kewujudan pemasaran emel dalam dunia pemasaran internet bukanlah digunakan untuk tujuan menjual semata-mata. Menurut Pat Flynn, pemilik SmartPassiveIncome.com, beliau menyatakan penggunaan autoresponder, yakni servis pemasaran emel dapat membantu kita membina hubungan yang baik terhadap prospek.

Berdasarkan pengalaman beliau yang dikongsikan dalam blog, pemasaran emel telah membantu beliau untuk membina pelanggan yang setia, dimana mereka tidak berasa ragu-ragu untuk membeli produk yang dipromosikan beliau, meskipun produk tersebut berharga lebih RM500.
Pat Flynn juga turut berkongsi strategi yang beliau gunakan, untuk menjana pendapatan 5 angka setiap bulan secara konsisten, dengan hanya menggunakan pemasaran emel. Perkongsian beliau boleh dibaca menerusi entri “4 Types of AutoResponder Series and The One You Should Absolutely Avoid
Jadi, penggunaan pemasaran emel jelas penting, apabila kita ingin membina perniagaan di internet. Ia tidak terhad kepada produk digital sahaja, kerana pemasaran emel juga boleh diaplikasikan menerusi produk fizikal dan juga servis. Yang penting, anda ada produk untuk dijual di internet.

Adakah Kita Sudah Menggunakan Pemasaran Emel?

Meskipun pemasaran emel telah membuktikan dapat meningkatkan jualan tanpa memerlukan kos yang tinggi, namun masih terdapat segelintir syarikat dan individu yang masih tidak jelas dengan potensi pemasaran ini. Mungkin kesedaran akan kepentingan pemasaran emel ini masih kurang jelas buat mereka. Ataupun mereka fikir cara pemasaran sedia ada yang mereka gunakan sudah cukup berkesan?
Untuk memulakan pemasaran emel hari ini, boleh layari laman web penyedia servis pemasaran emel seperti Aweber, GetResponse dan ConstantContact untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kos yang dianggarkan bagi memulakan aktiviti pemasaran emel adalah sekitar RM50 hingga RM100. Ia bergantung pada jumlah data emel yang disimpan oleh pihak penyedia servis. Semakin tinggi subscriber (orang yang daftarkan nama mereka dan emel mereka pada anda untuk offer anda), semakin tinggi kos yang dikenakan. Jika anda memiliki 10,000 senarai emel subscribers anda, bayaran bulanan yang anda perlu bayar dalam lingkungan RM60 – RM150.
Seperti saya, saya menggunakan 2 autoresponder dalam perniagaan internet yang saya jalankan. Saya gunakanGETRESPONSE dan NORABOTS. Saya telah menggunakannya lebih 2 tahun, dan saya telah menjana hasil lumayan dengan pengunaannya. Saya sangat syorkan anda untuk menggunakan sistem autoresponder antara yang terbaik di dunia yang turut dipakai oleh usahawan-usahawan di internet

Kesimpulannya, penggunaan pemasaran emel adalah PERLU diketahui oleh semua usahawan-usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Prospek dan juga pelanggan mereka juga akan semakin bertambah dan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan, pemasaran, promosi, emel memang patut digunakan. Tiada sebab lagi untuk katakan tidak pada pemasaran emel. Jangan biarkan pesaing anda jauh meninggalkan anda dalam perniagaan. Ambil peluang untuk memajukan lagi perniagaan anda.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Isnyallah pada masa akan datang saya akan kongsikan lebih informasi berkenaan pemasaran emel buat anda.

Anda memiliki persoalan berkenaan bagaimana untuk mengumpul senarai email prospek dan pelanggan anda? Artikel terdahulu mampu membantu anda.

Artikel ini milik Bro Jamal Bahari aka Pakar Ebook