Isnin, 25 Julai 2011

Kuasa Pemasaran

Salam semua
 
Tahukah anda seramai 17.6 juta penonton menonton rancangan Oprah Talk Show yang terakhir dan cuba teka apakah topik paling utama dalam rancangan tersebut? .......... "It's all ENERGY!" .... Semuanya adalah tenaga, gelombang, frekuensi......
 
Oprah kata,
 
"Anda bertanggungjawab dengan tenaga yang anda ada serta cipta, dan anda bertanggungjawab dengan tenaga yang anda beri kepada orang lain!"
 
Itu yang Afdlin Shauki sebut di dalam Seminar Hidup Luar Biasa baru-baru ini yang kita boleh pilih menjadi bateri yang caj diri kita dan orang lain atau kita boleh pilih jadi nyahcajbateri (discharge battery) yang menyedut tenaga kita sendiri dan tenaga orang lain....
 
90% orang yang tidak ada mentor, ilmu dan sistem untuk memperbaiki tahap kewangannya, tahap kebocoran kewangannya atau tidak tahu apakah cara bagaimana untuk memperbaiki kehidupannya, kerjayanya atau perniagaannya....
 
Masalahnya ramai yang ingat mereka tahu!
 
Cuba buat simple test dan jawab soalan dibawah ini:-
 
Adakah anda yakin yang anda boleh berhenti kerja atau berhenti berniaga sekarang dan anda ada simpanan atau pendapatan pasif yang cukup untuk hidup dengan cara hidup yang sama sampai bila-bila? ..... Kalau belum boleh berhenti, Itu tandanya anda perlu belajar untuk kuasai kewangan anda.
 
Adakah anda dapati yang duit anda senang masuk tapi cepat keluar balik? Atau susah masuk tapi senang keluar? ...... Kalau ya, itu bermakna anda mengalami kebocoran wang. Ada yang cukup-cukup makan, ada yang teruk kebocorannya sampai perlu sentiasa berhutang.....
 
Adakah anda puashati dan rasa selesa dengan apa yang anda ada untuk diri anda atau keluarga anda? .... Jika ya, itu tandanya anda belum mengenali atau menguasai potensi diri anda yang sebenar.
 
Adakah anda atau pasangan anda pernah bercakap atau pernah bertelingkah mengenai masalah kewangan yang dihadapi untuk bayar bil atau sebagainya?..... Jika ya, itu tandanya anda belum tahu rahsia menarik kekayaan & kejayaan dalam hidup anda.
 
Well, tak payahlah percaya cakap saya atau sesiapa pun orang lain yang telah berjaya merubah hidup daripada "biasa-biasa" menjadi "luar biasa".....Jika anda rasa anda boleh teruskan hidup dengan masalah kebahagiaan, kewangan dan kerjaya atau perniagaan anda lagi berpuluh tahun.
 
Tapi biar saya beritahu anda apa yang buat hidup saya berubah lebih 10 tahun dahulu.
 
Dulu, sebelum 2001,  saya selalu percaya yang saya tahu semua benda. Saya juga selalu percaya yang satu hari nanti saya akan kaya dan berjaya, hanya masa yang belum sampai.
 
Tapi saya dapati masa itu, saya dah cuba macam-macam perkara. Tapi semakin saya buat apa yang saya buat, semakin banyak masalah datang kepada saya.
 
Sehinggalah saya belajar satu perkara penting daripada seorang usahawan cina yang berjaya, dia kata, orang yang hidup kaya dan berjaya sebenarnya ramai yang dulunya adalah susah, tapi kenapa hidup mereka berubah?
 
Sebab.....Mereka pergi ambil tahu apa yang orang kaya dan berjaya tahu yang mereka sah-sah tak tahu.
 
Mesti banyak benda yang orang yang kaya & berjaya tahu yang orang miskin atau gagal atau belum berjaya TIDAK TAHU!
 
Masalahnya ramai orang yang hidup "biasa-biasa" ni hingat mereka dah tahu semua (Macam saya dulu!).....Kalau kita dah tahu semua, mestilah hidup kita dah berubah! Sebab itulah yang terjadi kepada saya bila saya faham ayat ini.
 
Apa saya buat next? Bermula tahun 2001, masa tu saya buat keputusan untuk mengkaji dan belajar hanya daripada mereka yang telah berjaya. Saya sanggup buat apa sahaja untuk "menyedut" "bateri" mereka dan ilmu serta pengalaman mereka. Ternyata ianya telah merubah hidup saya sehingga sekarang. Alhamdulillah bukan sahaja saya mempunyai perniagaan dengan 12 buah anak syarikat dalam bidang pengiklanan, pemasaran, grafik, internet, trading, import dan eksport, pengurusan korporat dan perakaunan dan lain-lain lagi yang puluhan juta ringgit nilainya dalam masa yang singkat kurang daripada 3 tahun beroperasi tetapi saya juga telah gunakan ilmu dan pengalaman saya membantu ramai orang di luar sana untuk memperbaiki hidup mereka
 
Bukan itu sahaja, ilmu seseorang itu tidak terbukti sehingga dia telah bantu orang lain juga serta berjaya..... Dan Alhamdulillah, lebih 100,000 orang yang telah mempelajari daripada program-program saya dan mereka yang telah bertindak menggunakannya telah memberikan mereka hidup yang lebih luar biasa. Ilmu penyuluh jalan.
 
Bagaimana anda boleh memperbaiki masalah kewangan anda, masalah kebocoran wang anda, bagaimana anda boleh memperbaiki kehidupan anda dan keluarga dalam masa yang pantas? Apakah potensi sebenar serta kekuatan dan kelemahan diri anda? Sebenarnya semuanya berpunca daripada masalah "tenaga" dan sistem programming diri anda selama ini.
 
Belajar daripada mereka yang telah berjaya sebab mereka tahu apa yang anda tidak tahu.
 
Sekiranya anda serius untuk merungkai permasalahan kewangan anda dan hidup anda serta merubahnya dalam masa yang paling pantas, saya mengajak anda untuk bertindak segera mendapatkan mentor, ilmu dan sistem yang telah berjaya digunakan oleh ramai yag lain...
 
Saya akan berkongsi dengan anda dan berikan jawapan yang anda perlukan di dalam satu program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan - Transformasi 2011 pada 29, 30 & 31 Julai 2011 nanti di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
 
-Anda akan belajar tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kebocoran wang.
-Anda juga akan belajar tentang asas utama tingkah laku manusia iaitu diri anda sendiri serta bagaimana untuk mengenali potensi diri anda yang sebenar dengan kajian DISC dan saya akan share juga bagaimana kajian tarikh lahir dapat membantu mengenali kekuatan, kelemahan serta bakat anda, pasangan anda, keluarga dan anak-anak.
-Anda juga akan diajar bagaimana untuk merubah tenaga dan sistem programming minda anda menjadi "Money Magnet" dan saya juga akan berkongsi tentang "Rahsia Kuasa Minda Jutawan".
- Anda masih tak tahu apakah potensi kerjaya atau perniagaan anda? Saya akan kongsikan pengalaman saya membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana membina jutaan ringgit dalam masa kurang setahun berniaga.
- Saya juga akan berkongsi tentang bagaimana untuk menguruskan dan melaburkan wang anda.
 
Banyak lagi sebenarnya yang akan saya kongsikan termasuklah tentang Alpha Brain Wave Technique yang akan membantu anda untuk memprogram minda anda serta orang di sekeliling anda menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan Insya-Allah lebih berkat.
 
Ramai yang telah sahkan kehadiran mereka untuk sesi terakhir tahun 2011 ini kerana mereka tahu, tidak ada sesiapa yang dapat merubah hidup sesiapa sehinggalah mereka bertindak pantas mendapatkan mentor, ilmu dan sistem.
 
Tanya soalan penting ini kepada diri anda dan mungkin anda pernah bertanya soalan ini kepada diri anda:-
 
Adakah saya nak berikan kepada keluarga saya, ibu bapa saya, anak-anak saya kehidupan yang"biasa-biasa" macam sekarang sampai bila-bila?
Adakah anda sebenarnya ada ilmu dan mentor sekarang yang boleh menunjukkan kepada anda secara intensif bagaimana untuk anda keluar daripada kehidupan "biasa-biasa" ini?
 
Tontonlah video pendek ini tentang program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan ini sekarang dan buatlah keputusan yang anda mesti dapatkan mentor, ilmu dan sistem bagaimana untuk transformasi hidup keluarga anda.
 
Jangan risau, program ini mempunyai jaminan 100% wang dikembalikan jika anda tidak puashati dengan apa yang anda pelajari bermula pada awal sesi yang pertama lagi.
 
Jangan miss this session! Jangan anggap sambil lewa jika itu sikap kita selama ini! Jangan bertangguh atau beri alasan jika itu apa yang kita biasa buat selama ini!
 
Saya cadangkan kepada anda untuk hubungi pejabat saya 03-55191260/019/013-2442244/019-2442400 untuk bertanya lebih lanjut lagi tentang program ini!
 
Bertindaklah sekarang! Kuasa bertindak ditangan anda! Ini adalah perkara penting dalam hidup anda! Samada anda layak untuk hidup lebih kaya dan berjaya adalah sangat bergantung kepada kuasa tindakan anda sekarang!
 
Dr Azizan Osman