Ahad, 2 Januari 2011

KuasaFanPages

Salam semua,

Dalam artikel lalu, saya menyampaikan beberapa fakta mengenai
facebook dan juga mengenai fan page. Dalam facebook anda
memerlukan fan page selain profile anda.

Ini kerana fan page mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Fan page boleh digoogle - ini bermaksud keyword fan page anda
akan di index oleh google. Bermakna anda juga telah membuat
backlink kepada produk dan servis anda sendiri.

2. Fan page tidak perlu login - pelawat tidak perlu login untuk melihat
tawaran anda. Erti kata lain, selepas pelawat google dan dapat
lihat fan page anda tanpa perlu login. Ini berbeza denga profile
dan group.

3. Fan page boleh memaparkan tawaran produk - dengan menggunakan
fan page, anda boleh memaparkan produk anda dibahagian photos,
notes atau video . Jadi anda mempunyai galeri produk dan penerangan
tanpa perlu fikirkan kos hosting dan domain tambahan.

4. Fan page sesuai untuk digunakan untuk bina kredibiliti - anda boleh
menggunakan fan page untuk bina kredibilit anda. Dengan cara anda
menulis notes, memberi review dan juga posting kepada blog dimana
link akan muncul secara automatik dengan penggunaaan applikasi
tertentu. (saya cerita kemudian)

5. Fan page lebih power dengan aplikasi yang profile ada, fan page boleh
gunakan. Antaranya ialah status twitter anda dipostkan secara automatik
ke newsfeed.

6. Fan page dapat kumpul email list - anda tentu tahu bahagian pemasaran
paling penting ialah emai list, fan page boleh memaparkan opt-in autoresponder
anda dihadapan wall utama.

7. Fan Page juga mempunyai landing tab - ini bermaksud fan page mempunyai
keupayaan redirect bakal pelanggan anda dengan landing tab yang ada dalam
fan page. Anda letakkan tawaran berkesan anda dan letakkan opt-in supaya
selain pelawat 'like' page anda, mereka juga opt-in.

8 . Fan Page mempunyai 'like' button, like button ini berfungsi sebagai soft-optin,
bermaksud, hanya selepas pelawat dan pengguna facebook like page anda,
sebarang update dari anda boleh dilihat di newsfeed mereka. Jika ada 11000
yang like page anda, bermakna newsfeed anda akan muncul pada newsfeed
mereka secara 'live'.

9. Dan yang terbaru dikeluarkan oleh Facebook ialah Social Plugin. Tujuaannya ialah
untuk membantu page anda lebih VIRAL dengan Social plugin..

*Aplikasi facebook dan Social Plugin akan berada dalam artikel #3.

Oleh: Gero Azrul