Khamis, 23 Disember 2010

kesalahan : BORED vs BORING


Hai Aqwa,
Kali ini merupakan siri keenam, kesalahan-kesalahan biasa dalam Bahasa Inggeris. Kesalahan hari ini ialah pada perkataan BORED dan BORING. Apabila kita berasa bosan kita selalu kita sebut “boringnya...” Ini mungkin bahasa rojak bagi kita. Tetapi awas Aqwa kerana Aqwa mungkin tersilap jika menterjemahnya bulat-bulat.

Baiklah mari kita lihat cara penggunaan perkataan BORING dan BORED yang betul.
BORED ialah kata sifat yang menceritakan ketidakseronokan seseorang sebab tiada apa yang nak dilakukan.

Sebagai contoh:
She was so BORED that she fell asleep.
Dia berasa bosan lalu tertidur.

BORING juga adalah kata sifat. Namun ia bermaksud sesuatu yang tak seronok dan tak mengujakan.
Contoh:
The lesson was so BORING that she fell asleep.
Pelajaran itu sungguh membosankan lalu dia tertidur.

Kesimpulannya kalau Aqwa nak katakan ‘seseorang itu berasa bosan’ gunakan BORED kalau nak katakan ‘sesuatu itu membosankan’ gunakan BORING.

Sekian.