Jumaat, 7 Oktober 2011

(BREAKING NEWS) Gaji Kakitangan Awam 2012 Naik Sehingga 40% & Gaji Satu Lapis Diwujud Semula!!


gaji kakitangan awam3 (BREAKING NEWS) Gaji Kakitangan Awam 2012 Naik Sehingga 40% & Gaji Satu Lapis Diwujud Semula!!
Kakitangan kerajaan bakal naik gaji sehingga 40%? Kalau betul berita gaji kakitangan awam 2012 naik kakitangan naik gaji ini, Alhamdulillah. Kalau diikutlah kenaikan sehingga 40% sangatlah tinggi tetapi dilihat sepadan memandangkan taraf hidup rakyat Malaysia pun dah melambung tinggi. Yang pastinya, berita kenaikan gaji dalam Bajet 2012 akan ditunggu-tunggu. Dan kami pasti slot pengumuman seperti kenaikan gaji kakitangan awam ini akan boleh didengar pada slot terakhir pengumuman Bajet 2012.  Pada awalnya, ramai yang mengatakan :
  • Kakitangan kerajaan akan mendapat bonus yang lumayan dan gaji kakitangan awam 2012 naik. Adakah berita bonus lomayan ini dan kenaikan gaji ini akan menjadi realiti untuk kakitangan awam??
  • Ada yang meramalkan gaji kakitangan awam 2012 naik sehingga 30 – 40% tetapi semua elaun dihapuskan. Kalau begini, nampaknya makinramai yang akan kena bayar income tax.
  • Dan ada juga yang meramalkan, gaji kakitangan awam 2012 naik sehingga 30 – 40% tetapi semua  elaun diselaraskan ke RM500 untuk semua. Walaubagaimanapun, namapun ramalan.
Kalau tahun lepas, kakitangan awam menerima bantuan kewangan sebanyak RM500, tahun ini bonus setengah bulan gaji. Dan paling terbaru, berita gaji kakitangan awam2012 naik sehingga 40% mula kedengaran…
.
gaji kakitangan awam2 (BREAKING NEWS) Gaji Kakitangan Awam 2012 Naik Sehingga 40% & Gaji Satu Lapis Diwujud Semula!!
Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus
KUALA LUMPUR— Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”. Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan. “Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam … kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan. SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Mungkin ada yang tertanya-tanya gaji satu lapis ini bagaimana? Okey…begini :
  • Gaji satu lapis tu maknanya, tangga gaji satu sahaja sekarang ini ada 3 lapis P1, P2 dan P3
  • Kalau kita cemerlang boleh dapat naik gaji dari P1 ke P2. Cemerlang lagi P2 pergi P3
  • Gaji satu lapis ini tiada sistem siling, tiada gaji mati. Selagi berkhidmat, selagi itulah gaji naik
Kalau sebelum ini Sistem Saraan Baru, kemudian bertukar kepada Sistem Saraan Malaysia. Lepas itu penilaian dibuat oleh bos, lepas itu penilaian melalui ujian. Kemudian, sistem ujian digantung sekejap. Kalau sebelum ini, sistem gaji 3 lapis akhirnya yang terkini dikatakan akan ditukarkan kepada sitem satu lapis.
Tetapi yang kami tidak bersetuju sama sekali bab umur pencen 60 tahun tu, tidak sepatutnya dilaksanakan. Sudah-sudahlah. Beri peluang kepada golongan muda yang banyak menganggur sekaarang ini tetapi “berkobar-kobar” berkhidmat untuk negara. Nampaknya apabila kakitangan kerajaan naik gaji dengan kadar kenaikan sebegini, pastinya bank-bank yang akan tersenyum lebar termasuklah Bank Rakyat bolehlah mula merancang skim baru.
Kalau diikutkan pendapat Datuk Salleh Majid (bekas Pengerusi BSKL), gaji kakitangan awam naik 2012 bukanlah penyelesaian terbaik. Hari ini keluar berita di akhbar tentang gaji kakitangan awam naik, esoknya harga barang akan ikut sama naik. Kemudiannya, beliau ada juga mengatakan yang rangkaian, rantaian perniagaan yang dipegang oleh pemborong itu perlu diselesaikan terlebih dahulu dalam Bajet 2012 ini, supaya apabila gaji dinaikkan harga barang sudah boleh dikawal. Itu pendapat pakar ekonomi seperti beliau.
Sebab, kalau ikutkan gaji biasanya akan naik 4 atau 5 tahun sekali tetapi harga barang akan naik setiap tahun. Datuk Salleh Majid berpendapat, dasar mengawal kenaikan harga barang & penguatkuasaan perlu dipertingkat lagi. Walaubagaimanapun, alasan penguatkuasaan belum cukup kuat, itulah yang dok ulang berkali-kali apabila timbulnya isu kenaikan harga barang selagi dasar flip-flop kerajaan masih lagi tak mahu diubah.
Contohnya, ketika harga minyak dunia melambung tinggi, kerajaan Malaysia antara negara yang terawal tampil menawarkan harga yang mengikut standard antarabangsa pada masa itu kepada rakyat sendiri. Tetapi, tetapi……..kalau harga minyak dunia turun kerajaan Malaysia macam buat-buat tak perasan pula. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian harga barangan keperluan harian janganlah naik kerap sangat. Itu belum masuk lagi bab kenaikan harga barangan keperluan harian. Sebab ia kan menjadi pakej lengkap untuk melihat gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia.
gaji kakitangan awam (BREAKING NEWS) Gaji Kakitangan Awam 2012 Naik Sehingga 40% & Gaji Satu Lapis Diwujud Semula!!
Akhirnya, apabila gaji kakitangan awam 2012 naik, harga barang pun naik yang paling kasihan kepada :
  • Kelompok rakyat Malaysia yang tidak menerima kenaikan gaji
  • Orang kampung yang tidak bekerja dengan kerajaan
Jadi diharap sangat dalam menaikkan gaji staff gomen ini kerajaan perlu blok rantaian-rantaian yang seperti diperkatakan tadi supaya harga barang-barang tidak naik sesuka hati..
Yang pastinya, gambaran yang diberikan Datuk Seri Najib Razak kepada inisiatif kerajaan menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah terutamanya disamping mengurangkan mengurangkan defisit fiskal negara.
“Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr. Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen

Khamis, 6 Oktober 2011

No Scam Penipuan Internet Pelaburan VS Perniagaan internet

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie
by : irfan khairi (jutawan internet)

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…
Contoh:
  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM
Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!
N bermaksud: NAME.
anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!
A bermaksud: ASK.
ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)
Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.
Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?
  • NAME
  • O - OVER PROMISE
  • SEARCH
  • CONTACT
  • ASK
  • M - MAKE SURE!
Maklumat tambahan:
Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!
ps: Untuk pelajari kaedah sebenar menjana pendapatan dari rumah, sertai Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb ini serta Workshop Jutawan Internet pada 30hb ini. Tambahkan ilmu anda dalam perniagaan Internet untuk menambahkan pendapatan anda melalui Internet ;)

Makanan Halal VS Haram






Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dantolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:
oleh Hawa Lawa pada pada 16hb Ogos 2011 pukul 1.38 ptg
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Isnin, 3 Oktober 2011

Siri Mentor Kekayaan & Kejayaan Dr.Azizan Osman - Bahagian 1




Adakah Anda Mahu Perniagaan Anda MENGUNTUNGKAN? 
9/10 peniaga tutup kedai atau tukar perniagaan lain dalam masa 5 tahun pertama mereka berniaga! 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera 
Mawi,
Berapa ramai daripada anda adalah usahawan, berniaga, menjual sesuatu atau terlibat dalam industri perkhidmatan seperti takaful, unit amanah, ejen hartanah atau networking? Adakah anda di antara mereka yang ingin meningkatkan jualan, meningkatkan keuntungan serta mempunyai lebih ramai pelanggan? 

Bagus jika anda jawab "YA"! Tapi adakah anda betul-betul dah berpuashati dengan tahap pencapaian perniagaan anda? 

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu perkara menarik yang saya hanya perolehi selepas saya melalui proses jatuh bangun dalam perniagaan selama hampir 15 tahun ini. 

Saya pernah hampir bankrap dulu, tetapi Alhamdulillah hari ini saya bukan sahaja berjaya membina berpuluh syarikat dari kosong sehingga menghasilkan jualan ratusan juta ringgit dalam pelbagai industri. Antara industri yang maksudkan termasuklah industri pengiklanan, pemasaran, produk kesihatan, telekomunikasi, perbankan, latihan & pembangunan sumber manusia serta banyak lagi.
Dan sudah terbukti saya berjaya membantu lebih 10,000 usahawan dalam tempoh setahun ini untuk meningkatkan jualan dan keuntungan mereka. Anda boleh lihat kisah kejayaan mereka di laman web www.MarketingPower.com.my.
Saya juga bertanggungjawab menyebabkan mereka yang menjadi "huru-hara" kerana kedai atau syarikat mereka "diserbu" ramai pelanggan, seterusnya menjadikan pendapatan dan gaya hidup meningkat setelah menggunakan strategi kuasai pemasaran konsep "P.O.W.E.R" yang saya gunakan. 

Perkara yang ingin saya kongsikan ialah...
Memang 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan sebagaimana sabda Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu. Itu memang betul! Tapi, saya dapati hampir 90% mereka yang berniaga PASTI GAGAL!
Rugi kita sebagai anak Melayu yang tinggal di Malaysia yang aman damai tetapi tidak memaksimakan potensi kita dalam membina perniagaan yang berjaya. Apatah lagi bila kita tidak mempunyai kekuatan ekonomi yang kukuh secara keseluruhan. 

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu kenapa mereka ini PASTI GAGAL? (Cuba angkat tangan!) 

Well, saya ada satu contoh mudah. Sekiranya anda tanya semua orang, tak kiralah sama ada siapa pun orang itu, adakah dia nak masuk syurga, pasti jawapannya ialah "Nak" bukan?
Ramai nak masuk syurga tapi tak ramai yang mahu berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT dengan mempelajari caranya, sistemnya, sunnahnya serta bertindak atau berusaha. Samalah juga dengan ramai yang tahu doa ibu-bapa itu makbul dan diredhai Allah SWT, tapi ramai yang pilih untuk tidak bertindak untuk menggembirakan hati ibu bapa mereka tatkala mereka masih hidup. 

Maksudnya ialah, 9/10 mereka yang berniaga PASTI GAGAL atau jika tidak gagal sekali pun, perniagaan mereka "gitu-gitu" atau "biasa-biasa" sahaja. 
Kenapa begitu? Kerana mereka tidak mahu belajar daripada mereka yang telah berjaya, mempunyai ego yang tinggi serta tidak mahu belajar sistem yang mungkin lebih berjaya untuk meningkatkan perniagaan mereka serta mereka tidak ada kuasa bertindak yang tinggi!
Apa rahsia mereka yang berjaya?
Ini rahsianya! 5 rahsia atau prinsip penting ini anda boleh gunakan di dalam kehidupan, pekerjaan atau perniagaan. Saya tahu kerana 5 prinsip inilah yang telah mengubah hidup saya 180 darjah serta mengubah hidup ramai di luar sana yang telah mempelajari serta bertindak menggunakan formula kejayaan ini:- 

Rahsia formula kejayaan saya terletak pada perkataan MESTI
Ini adalah formula yang digunakan oleh mereka yang kaya dan berjaya dari dulu sampai sekarang sama ada secara sedar atau tidak. Formula ini jika digunakan dengan konsep pemasaran P.O.W.E.R yang saya ajarkan dalam Klinik Usahawan - Seminar Marketing POWER, Insya-Allah akan menyebabkan pendapatan perniagaan anda melonjak naik dalam masa yang singkat.
Jangan terus percaya cakap saya - Datang ke Seminar Marketing POWER dan dengar sendiri! 

Apa itu konsep MESTI (TM)? 

MESTI adalah berdasarkan M-Mentor, E-Elmu (Nanti saya terangkan kenapa "eLMU" dan bukan "i"-ilmu, S-Sistem ataupun strategi, T-Tindakan dan akhir sekali I-Impian. 

Prinsip Pertama: M-Mentor 

Sekiranya anda suka membaca biografi mereka yang berjaya (saya sangat suka mengkaji biografi!), anda akan dapati persamaan mereka yang berjaya dalam mana-mana bidang atau industri tidak kira ahli perniagaan, politik, pelakon, ahli sukan, jutawan atau "billionwan" adalah.. mereka terdiri daripada orang yang mempunyai idola atau model yang mereka suka tiru atau ikuti yang telah berjaya dalam bidang tersendiri. 

Malah, mereka yang pantas menempa kejayaan adalah mereka yang bukan setakat membaca tentang mereka yang berjaya, tetapi menjadikan orang yang berjaya itu sebagai seorang Mentor lalu belajar daripada Mentor mereka! 

Jadi, jika anda ingin berjaya dalam perniagaan restoran contohnya, apa yang anda perlu lakukan ialah anda perlu "berguru" atau belajar daripada mereka yang telah mempunyai restoran yang sangat berjaya, banyak cawangan serta lebih hebat daripada anda. 

Kesilapan ramai orang yang negatif yang hatinya penuh "najis" (saya panggil sebagai "BIAWAK") adalah, sekiranya ada orang yang lebih berjaya daripada mereka, mereka akan mula "menjelir lidah" macam biawak, mula buat cerita untuk memburukkan orang yang berjaya tersebut serta mencari jalan untuk membuat "parti" atau forum untuk menyebarkan fitnah atau tohmahan kepada orang lain yang berjaya.
Itulah kesilapan paling besar dan merugikan anda! 

Orang yang bakal berjaya adalah mereka sedar yang orang berjaya tahu sesuatu yang mereka tidak tahu dan mereka mencari jalan untuk "berguru" dengan orang yang telah berjaya itu. Jika anda yang mempunyai sebuah restoran dan ingin menjadi pemilik sebuah perniagaan seperti McDonald (yang memiliki lebih 25,000 francais di seluruh dunia!) anda hanya perlu tengok dan kaji apa yang mereka ini buat tetapi anda tidak buat. 

Jika anda nak pandai buat coklat, bukankah senang anda belajar daripada pakar coklat seperti Chef Amer? Kenapa nak buang masa cuba dan cuba tanpa mentor? Itu bukan sahaja buang masa tetapi bangang namanya! 

Kesimpulannya, untuk berjaya dalam perniagaan, anda carilah mentor yang betul-betul terbukti kejayaannya. Saya mungkin tidak dapat mengajar anda buat kek, tapi saya mempunyai ilmu dan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pemasaran dan berjaya membina perniagaan saya serta membantu ramai usahawan yang mahukan lebih ramai pelanggan serta meningkatkan pendapatan! 

Prinsip Kedua- eLMU 

Ini adalah rahsia atau formula kejayaan yang kedua. Ilmu tentang "E" iaitu Emosi. Apa dia ilmu tentang emosi? Ilmu tentang tingkah-laku atau sikap kita, ilmu tentang kekuatan dan kelemahan kita dan bagaimana kita menguasai halatuju diri kita, cara kita berfikir, perasaan kita, percakapan kita serta tindakan kita. Semuanya bermula daripada kebolehan mengawal atau menguruskan emosi yang memerlukan integrasi informasi di antara minda, hati dan tindakan. 

Ramai usahawan gagal kerana mereka mudah berputus-asa - itu emosi. Ramai usahawan gagal kerana tidak berdisiplin atau tidak konsisten - itu emosi. Ahli sukan adalah contoh yang mudah. Jika mereka boleh memaksimakan emosi mereka ke tahap paling tinggi ditambah dengan melakukan latihan fizikal, pasti mereka akan konsisten dengan hasil kejayaan mereka. 

Bagaimana untuk belajar tentang eLMU ini? Saya hanya tahu satu tempat iaitu Universiti Kehidupan. Tapi, sekiranya anda ingin pelajari panduan serta ilmu tentang memahami dan menguasai diri anda serta memaksimakan potensi diri anda, anda akan pelajarinya dalam Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power yang sedang saya jalankan di beberapa lokasi terpilih.
Anda boleh dapatkan info lanjut di www.MarketingPower.com.my atau hubungi hotline kami di 019/013-2442244/019-2442400. Anda juga boleh hubungi pihak Richworks.com.my di 03-55191260. 

........ Bersambung minggu hadapan. 
Dr.Azizan Osman 
Penulis buku, Kolumnis, CEO dan Pakar Perunding Potensi Diri & Perniagaan 
Licensed Master Trainer Asia - Guerilla Marketing International 
Members of Malaysian Institute of Marketing 
FB: Facebook.com/AlumniDrAzizan (Mencecah 60,000 LIKE!) 

Perhatian:
1. Dapatkan 50-Tips Strategi Pemasaran Dr.Azizan Osman secara PERCUMA diMarketingPower.com.my. 

2. Sekiranya anda ingin mempelajari rahsia menguasai pemasaran serta prinsip M.E.S.T.I, Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman - Seminar Marketing Power Okt 2011 merupakan program pembangunan usahawan terbaik untuk anda sertai di Malaysia kerana ia diajar sendiri oleh CEO serta usahawan yang telah berjaya serta terbukti berjaya membantu lebih 10,000 usahawan dalam masa setahun ini. 

3. Bermula daripada 28 September 2011, Dr.Azizan ditauliahkan sebagai Licensed Master Trainer di Asia untuk semua program Guerilla Marketing International yang telah diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, penulis lebih 100 buah buku tentang Guerilla Marketing yang telah diterjemahkan ke lebih 60 bahasa serta terjual lebih 21 juta maskah di seluruh dunia.

Rabu, 21 September 2011

Jawapan Ahmad Idham Tentang Hantu Bonceng Hina Islam



Berikut adalah email seorang pembaca kepada Ahmad Idham dan jawapan yang Ahmad Idham berikan:
Berikut adalah msg di antara saya dan Ahmad Idham, Pengarah Filem Hantu Bonceng berkenaan isu Azan, kalimah syahadah yg dijadikan babak lawak jenaka di dalam filem terbaru beliau.
Marikh Azahari:
Assalamualaikum Saudara,
Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.
Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.
Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.
Wasalam
Ahmad Idham Ahmad Nadzri:
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik.. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…
Marikh Azahari:
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.
Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…
wasalam
Sedikit hadith yang berkait-rapat tentang perkara ini:
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok?” “Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman”. (At Taubah : 65-66).
Rasulullah bersabda:
“celakalah orang yang berkata kata (sama ada benar atau bohong) untuk membuat orang lain ketawa…maka celakalah dia,celakalah dia,celakalah dia” Hadith Riwayat Abu Daud.

Sabtu, 10 September 2011

Kelantan vs Johor FC [Gol Sendiri Hamsani Omar] Piala Malaysia 2011

La TanSa ZikRa AllAh Ilahi aNTa MaQSuDie Wa ReDho Ka MaTluBie

Selasa, 16 Ogos 2011

Kad Debit & Kad Prepaid


Kad Debit merupakan nadi utama bagi mereka yang berurus niaga di Internet. Kalau korang ada akaun PayPal sudah tentu korang juga ada Kad Debit. Ini adalah kerana korang perlukan Kad Debit untuk membuat pengesahan akaun PayPal. Setelah pengesahan akaun PayPal dibuat, barulah korang boleh gunakan Kad Debit tersebut untuk membeli-belah secara online atau menerima duit atau wang melalui PayPal.
Baiklah… post kali ni aku tak nak cerita pasal PayPal tapi post kali ni aku nak cerita pasal Kad Debit dan Kad Prepaid yang mana kedua-dua jenis kad ini kita boleh gunakan untuk keluarkan duit atau wang yang kita perolehi hasil dari bisnes kita di eBay ke akaun bank melalui PayPal.
Antara Kad Debit dan Kad Prepaid yang biasa aku gunakan ialah:-
Kad Debit
1) Maybank Debit Visa
2) Public Bank Visa Electron
3) Al Rajhi Bank Debit Card-i Visa
4) EONCAP Islamic Debit Mastercard
Kad Prepaid
1) MOL Freedom Prepaid Mastercard
2) TuneMoney Visa Prepaid Card
3) Ambank NexG Prepaid Mastercard
Mesti korang tertanya-tanya… Apakah beza Kad Debit dan Kad Prepaid? Jawapannya ialah seperti berikut:-
Kad Debit – Kad debit adalah kad yang terus disambungkan (linked) dengan akaun bank. Untuk memudahkan rujukan dan perbincangan, kita panggil sebagai kad debit-akaun. Kad yang tidak mempunyai akaun bank bukan kad debit. Kad debit tidak dapat digunakan jika akaun bank tidak mempunyai nilai baki yang mencukupi. Selain digunakan sebagai kad debit, ia juga berfungsi sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM. Kad ini sebenarnya hanyalah sebagai alat sahaja untuk mengeluarkan wang dan ‘tidak mempunyai apa-apa nilai wang di dalamnya’.
Dari segi keselamatan, andaikata ia jatuh ke tangan orang lain, habislah duit di akaun bank akan dibelanjakan. Oleh yang demikian, jadilah pengguna yang bijak.
Kad Prepaid – Kad prepaid (prabayar) berbeza dengan kad debit, walaupun konsepnya sama, namun ia tidak perlu mempunyai akaun bank. Ya, walaupun kita boleh “add” akaun kad ini ke dalam akaun Online Banking bank berkaitan, tetapi hanya duit yang ada di dalam kad sahaja yang boleh digunakan. Ia tidak bersambung terus ke akaun simpanan.
Konsep kad prepaid ini adalah, banyak mana duit ada di dalam kad, itulah nilainya yang boleh kita belanjakan. Konsepnya sama seperti kad Touch n Go dan prepaid card telefon yang perlu diisi wang ke dalamnya jika mahu digunakan, dan tidak boleh digunakan jika nilai tiada atau tidak mencukupi.
Kelebihan ketara kad prabayar (prepaid) ini adalah keselamatan. Kalau ia jatuh ke tangan orang lain, ia tidak membahayakan akaun bank kita kerana seperti yang dikatakan, ia tidak disambungkan ke mana-mana akaun bank. Jika ada RM30 di dalam kad itu, maka itulah nilai kerugian. So… top up jumlah yang diperlukan sahaja apabila ingin berbelanja.

Baru-baru ni aku ada apply satu lagi Kad Prepaid PayPal-MOL “The Digital Card”. Paypal-MOL adalah gabungan hasil usaha sama antara PayPal dan MOL (Money Online). Mereka juga bekerja sama dengan EON Bank bagi melengkapkan sistem perbankan disini.EON Bank adalah bank yang dilantik khas bagi mewujudkan sistem Kad Prepaid Visa Paypal-MOL atau lebih dikenali sebagai “The Digital Card”. Melalui kad ini kita boleh melakukan Debit dan Kredit antara akaun PayPal dan MOL. Kita boleh memindahkan wang kita kedalam akaun Paypal, atau dari Paypal ke akaun MOL melalui Kad ini (Reload/Withdraw).
Untuk memiliki Kad Prepaid PayPal-MOL korang perlu memenuhi syarat-syarat berikut:-
1) Wargangara Malaysia
2) Berumur 18 tahun ke atas
3) Telah mempunyai akaun PayPal
Bagaimana cara nak dapatkan Kad Prepaid PayPal-MOL “The Digital Card” ini?
Tak perlu ke EON Bank untuk dapatkan kad ini. Tetapi ada 2 cara nak dapatkannya.
1) Register dan beli secara online di www.Paypal-MOL.com
  • Untuk dapatkan kad ini, korang kena register akaun MOL terlebih dahulu. Caranya dengan klik pada butang “Register”, lengkapkan butir-butir yang diperlukan dan klik “Register”.
  • Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan untuk dapatkan kad ini. Korang boleh pilih cara pembayaran guna MOL Points atau melaui Maybank2u.
  • Tunggu makluman kelulusan permohonan daripada pihak bank sama ada melalui emel, surat atau SMS yang akan bagi tahu kat branch EON Bank mana nak collect Kad tersebut.
  • Dah dapat kad, login ke akaun Paypal dan “add” kad PayPal-MOL.
2) Beli secara offline “Welcome Pack” PayPal-MOL kat 7-Eleven
  • Korang akan dapat Kad serta merta dan kad tersebut kena terus tandatangan.
  • Isi borang yang disertakan, lampirkan sekali salinan kad pengenalan dan poskan untuk tujuan pengaktifan.
  • Tunggu makluman kelulusan permohonan daripada pihak bank sama ada melalui emel atau SMS.
  • Setelah kad diaktifkan, login ke akaun Paypal dan “add” kad PayPal-MOL.
Kepada mereka-mereka yang blacklist dengan pihak bank, ini adalah alternatifnya untuk korang bergiat cergas dalam Online Business. Tiada alasan lagi buat korang untuk menghasilkan duit @ wang di internet. Semoga perkongsian aku kali ini dapat kita manfaatkan bersama. Sekian.